Saturday, August 13, 2011

Tarikh Perkahwinan. Aku ke???

Tarikh Perkahwinan Ku???

Sejak dua menjak ni, cerita pasal kahwin je kan. Maklum lah, banyak dah aku dapat undangan majlis kahwin di bulan Syawal nanti. Apa lagi, semestinya jemputan majlis kahwin kawan - kawan aku kan. Oleh kerana aku sibuk bagitahu mama aku bahawa kawan - kawan aku akan berkahwin sekian sekian tarikhnya,apa lagi mama aku...dia pun mula lah berbahasa basi," Kau tu sibuk dengan kawan - kawan kahwin, kau tu bila nak kahwinnya?sibuk kan orang je...".Aku senyum segar je tengok muka mama aku.(Dalam hati berbunga-bunga gatal...hehehe). Maka, aku pun terfikir akan tarikh kahwin aku. (Eh, dah ada calon ke sibuk nak cari tarikh kahwin...?)

Cerita bab tarikh kahwin ni, memang aku pening sikit lah,eh pening banyaklah. Mana satu nak pilih. Biasanya, tengoklah, ramai orang akan pilih tarikh - tarikh yang cantik - cantik nombornya. Contohnya, 01.01.11 laaa, 11.10.11 laa...01.11.11 laa...11.11.11 ini dah tentu ramai nak punya. Habis tu, aku nak pilih tarikh kahwin yang mana? Dah semua orang dah kebas. Nombor 11 adalah nombor aku. Ishhh, mana boleh nombor lain. Nombor 11 my feveret number...Dah tu nak nombor mana lagi, semua orang dah ambil tarikh tu dan nak akhir tahun dah. Eleh, macam nak kahwin sangat tahun ni. huhuhu...

Untuk pengetahuan semua gadis - gadis dan jejaka - jejaka yang dah teringin sangat nak kahwin kan, tarikh perkahwinan adalah sangat penting untuk kita memilihnya. Lebih - lebih lagi tarikh pernikahan kita. Itu yang lebih penting. Kita harus mengetahui tarikh yang membawa kebaikan dalam rumahtangga kita kelak. Meh, aku share dengan anda semua tarikh - tarikh serta maksudnya mengikut dalam bulan kalendar Islam ye...

HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.
(Ni aku minta share dari salah satu blog ni,sweetfairytalestory.blogspot.com)

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.



Jadi sekarang, awak - awak semua boleh lah memilih tarikh pernikahan mahupun tarikh perkahwinan anda semua ye. 

***Aku punya tarikh kahwin? Hmm...nanti - nantilah fikir, aku pening. Lebih - lebih lagi, aku memikirkan tema warna kawan aku kahwin ni, ada ke HIJAU KEBINGUNGAN?


0 comments :

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio