Sunday, August 14, 2011

Ertinya Redha...

Sebenarnya, bukan senang untuk kita melepaskan sesuatu dengan tenang, bukan senang untuk kita terima sesuatu dengan tenang, bukan senang untuk kita terima apa yang bertentangan dengan kita, bukan senang, bukan mudah....

Kalau orang menyuruh kita redha sahaja lah dengan apa yang berlaku, bukan masa tu jugak kita boleh terima dan redha. Redha ni, suatu perasaan yang kita rasakan seikhlas hati kita menerimanya. Seikhlas hati. Keikhlasan hati bukan boleh dinilai dimata kasar manusia, bukan senang untuk kita tafsirkan dari kata - kata lidah kita. Keilkhlasan ni, umpama kita membuang air besar, umpama kita beristinjak. Sepenuh hati kita melepaskannya, tanpa ada rasa sedikit pun untuk kita menyimpannya lagi. Betul kan? Ada ke sesiapa yang nak simpan sikit dalam perut masing-masing? ada? Hmm...jawab sendiri....

Macam tu jugaklah keikhlasan. Ikhlas meredhai sesuatu. Ishh...bukan senang. Bila kita bersedia, diberi kekuatan untuk terima segalanya, baru datang nya redha dan ikhlas. Tapi perlu kita ingat, segalanya datang dari izin Allah swt jua. Tanpa izin Nya, kita juga tak dapat redha akan sesuatu, tanpa izin Nya jua kita juga tak kan diberi kekuatan. Pokok asalnya, datang dari Allah swt.

Hari ni, aku betul - betul terima apa sahaja takdir yang diberi Allah swt, aku betul - betul redha akan sesuatu, aku terima segalanya dengan tenang. Tanpa rasa marah mahupun berkecil hati apatah lagi memberontak. Namun, aku hanya manusia biasa dan bukannya tuhan mahupun malaikat. Aku punya hati perasaan. Perasaan sedih itu tidak hilang, tetap hadir walaupun dengan setitis air mata. Cuma, syukur alhamdulillah, aku diberi pinjam kekuatanNya.

Aku syukur ya Allah...sedikit demi sedikit Kau mengajar aku menjadi hamba yang baik. Aku syukur ya Allah...hari ni Engkau mengajar dan memberi aku rasa apa itu kesabaran. Aku jua syukur pada Mu ya Rabb, hari ni Engkau memberi aku rasa apa itu redha. Hari ni, aku syukur pada Mu Ya Rahman, aku tenang.

Apa pun, aku tetap tidak tinggal akan doaku pada Mu ya Allah. Aku tetap berdoa. Kerana aku yakin, teramat yakin, Engkau Maha Mengetahui apa yang TERBAIK untuk ku, apa hikmah disebaliknya. Aku yakin pada Mu jua Ya Rahman, bahawa Engkau tidak akan mengecewakan hamba Mu yang istiqamah memohon, berdoa dan meminta - minta pa Mu. Aku sentiasa yakin pada Mu ya Allah. Hanya pada Mu.

Segalanya berlaku atas izin Mu. Tidak aku menafikannya.

Aku redha...
Untukmu yang aku cinta,
Demi kebahagiaan kita,
Mungkin kan kekhilafan ku...



1 comments :

k.a.s.i.h.s.y.u.r.g.a said...

salam kenal

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio