Friday, August 12, 2011

Perkahwinan Tanpa Restu...??? Siapa kita sebenarnya???

SOAL JODOH? RESTU?

Hmm...kenapa aku tiba - tiba nak cerita bab ni? Kenapa? Hah..tu yang kita nak cari tu,kenapa ye...sebab aku baca blog salah seorang kawan aku ni. Aku memang suka baca blog dia ni, meriah dengan warna - warni dan meriah dengan ceritera-ceritera dia taip dalam blog dia. Jarang sangat aku nak komen, tapi aku suka membacanya. Semestinya dia tahu aku membacanya, sebab setiap kali aku baca, aku akan LIKE entry dia.

Tapi kali ni, entry dia yang mungkin terpanjang ( kata dia lah kan...mungkin), aku baca dan aku terpanggil untuk mengkomen. Bukan nak komen di blog entry dia tapi aku nak komen atas blog aku sendiri. Aku rasa marah bila membaca kata - kata 'remaja' yang menghina dia. Aku pun dah baca entry budak remaja perempuan ni.(nak ke aku tunjukkan blog dia????) Memang teruk kata - kata dia.

Pernyataan yang paling aku marah, adalah dia menghina kawan aku ni tentang restu perkahwinannya. Memang lah, aku ni bukan kawan baik dia ke, kawan BFF dia ke, jauh sekali sepupu mahupun family dia. Aku cuma kawan biasa, yang pernah satu kolej bersama dan juga satu tempat kerja. Memang aku dan dia tak rapat mana, tapi hubungan kami baik tanpa masalah. Cuma yang membuatkan aku rasa aku nak komen jugak hal ni, disebabkan soal RESTU PERKAHWINAN. Aku dah muak dengar orang sana sini cerita pasal dia kahwin tanpa restu orang tua suami dia. Dah banyak kali aku dengar,tapi aku hanya diam dan senyum bila orang bercerita depan aku. Sorry Yat, terus terang aku cakap, memang ramai menceritakan nya, tapi bagi aku yang mengetahui jalan hidup sebenar hanya engkau dan suami engkau. Bukan diorang, deme - deme ni. Tapi hari ni, pagi tadi aku baca entry kau, aku dah tak boleh nak pendam dengan sikap manusia yang suka menghina atas sesuatu kejadian. Aku marah dengan budak yang tak cukup akal ni, nak menghina atas ikatan yang sah ni. Dah muak aku dengar orang cerita pasal Perkahwinan Tanpa Restu Orang Tua.

Kepada sekalian makhluk Allah swt, beringatlah kamu...atas setiap kejadian yang berlaku adalah atas Izin Allah swt. Allah berkuasa atas sesuatu hal. Yang tak mungkin terjadi boleh menjadi mungkin terjadi, Itu KUASA ALLAH swt. Ingat, KUASA ALLAH swt. Segalanya atas izinnya. Wahai manusia, bacalah Surah Yassin, ayat 82..."kun fayakun". Bila Allah kata, jadi, maka jadilah ia.

Begitu juga, perkahwinan kawan aku ni, Cik Puan Bunga. Mahupun perkahwinan Dato' Siti Nurhaliza ke, perkahwinan Akhill Hai ke, perkahwinan Norman Hakim ke....semua atas izin Allah swt. Ingatlah...

Jika engkau menghina makhluk Allah yang lain, bermakna engkau menghina Penciptanya. Jika engkau mempertikaikan sesuatu kejadian yang berlaku, bermakna engkau mempertikaikan kuasa Allah swt. Siapa engkau wahai manusia kerdil lagi daif penuh kekhilafan...siapa engkau????

Ini soal jodoh, adalah rahsia Allah swt...begitu juga hidup dan MATI...juga rahsia Allah swt. Siapa engkau untuk mempersoalkan, mempertikaikan apatah lagi menghina.

Aku baca entry budak perempuan ni, seperti bangga sangat dengan bf dia. Engkau lupa wahai budak, bf engkau tu hanya sekadar manusia biasa. Bukan sesiapa. Belum tentu engkau akan berkahwin dengannya, belum tentu engkau mendapat restu daripada orang tua kamu berdua, belum tentu juga engkau mendapat restu Allah swt. Jadi jangan mempertikaikan pernikahan orang lain yang dah sememangnya halal, bukan seperti diri engkau wahai budak kerdil...

Hari ni, aku bersuara, kerana marah dengan topik yang tak habis - habis tentang PERKAHWINAN TANPA RESTU  ORANG TUA. Muak! Aku perempuan, kawan aku juga perempuan begitu juga engkau, juga seorang perempuan...sepatutnya sama - sama berdoa akan kebaikan hamba yang lain. Mungkin hari ni, hari dia mendapat ujian berat, tapi hari kita belum tentu lagi jenis ujiannya. Belum tentu lagi kita mampu mengharunginya.

Soal budak perempuan ni, menghina rezeki, kerjaya sebagai pendidik, layak ataupun tidak. Aku tak nak komen sangat, bagi aku...aku hanya berdoa, semoga engkau juga turut merasa satu hari nanti. Rasa apa tak tahu lah...berserah. 

Aku bukan nak kata aku baik sangat atau pun alim sangat, ataupun tinggi sangat ilmu - ilmu agama di dalam diri aku ni, tapi aku nak nasihatkan sekalian manusia, janganlah kalian terlalu terlampau menghina, mengkeji,mempertikaikan akan sesuatu hal mahupun seseorang. Memang kita tak lari dari kesilapan, kadang - kadang terlepas juga mulut tu, tapi cepat - cepat lah istighfar. 

Insaf lah kau budak, kalau benar kau tak bersalah kenapa harus kau tersentap dengan kata - kata orang lain. Satu je perkara aku minta kau insaf andai lain kau tak boleh terima. HENTIKAN hinaan tentang pernikahan orang lain yang kau katakan TANPA RESTU itu. HENTIKAN ! bagi aku, cukup untuk sekelian kalinya. 

Bagi mereka yang belum berkahwin, jaga lah kata - kata dan percakapan kamu, kerana kamu masih belum terlepas lagi ke alam perkahwinan. Bagi mereka yang dah berkahwin juga, jagalah percakapan dan perkataan kamu, biarpun kamu sudah selamat berada di alam perkahwinan, jagalah perkahwinan kamu agar tetap bahagia dan kekal hingga ke akhirat. Ini kerana, selagi kita masih hidup dan bernyawa, bila - bila masa ujian akan menimpa kita...

Segala yang aku katakan di atas ni, adalah untuk peringatan aku juga, sebagai makhluk Allah swt yang sering lalai dan lupa. Maafkan andai ada terkasar bahasa. Kerana, yang baik itu datang dari Allah swt, dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri aku sendiri.

***lebih baik kau minta maaf budak...(kerana kata - kata penghinaan kau melibatkan ramai makhluk, bukan setakat kawan aku seorang je)

Wassalam...

2 comments :

yayath said...

hye sis..tumpang baca ye..

yath pelik dengan orang yang macam nih la..x perlu la nak cite pasal orang laen..nak kutuk2 kan:)heeee

singgah dari blog CPB:)

Ain Adrian Adriana said...

hmm...sory la lmbt reply dear...bz mlampau...blog pn dh lm xupdate...manusia mmg pelik...ada mcm2 jenis kt luar sn...

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio