Sunday, September 2, 2012

Dulu, seorang. Lepas tu, dah kahwin. Sekarang? Bertiga pulak...

Tajuk Entri nak baik punya! Nak cerita ni je sebenarnya....

Setelah 3 bulan bergelar isteri orang. ( Tup-tup dah kahwin je...sekian lama tak berblog ). Macam - macam pengalaman lah boleh dihuraikan. Al-maklumlah, dari single available kepada single but not available dan akhirnya get married. Aminnn,alhamdulillah impian aku, doaku dikabulkan Allah. Ni semua berkat doa ibu bapa kami yang tercinta, adik beradik kami yang tersayang dan juga sahabat-sahabat rapat kami yang mengenali kami lebih dalam. Amin, syukur alhamdulillah.

TANGGAL 31 DISEMBER 2011

Pada tarikh ini, untuk pertama kalinya orang datang merisik aku menerima ( banyak kali kena risik, aku tolak. Sampai orang marah tak bercakap pun ada. Minta maaf ya. ). Masa mula-mula,selagi rombongan keluarga pihak lelaki tak sampai, selagi tu lah aku tak nervous, tak berdebar-debar. Tapi, bila dah sampai. Hah! Ambik kau ! Ke hulur ke hilir aku, ambil masa untuk ke ruang tamu mempersembahkan diri tuan punya badan. ( Eceh! Macam tuan puteri pulak...). Saat paling kelakar, bila bakal bapa mertua aku tanya, "Terima tak, pakcik merisik untuk anak pakcik ni?". Fuh! Dup dap dup dap jantung aku. Aku sengih jap. Dalam otak berfikir, aku nak jawab apa? Kang, aku jawab " Terima pakcik", nampak benor gelojoh nak kahwin. Kang aku tak jawab, senyum simpul malu ( ala-ala melayu terakhir), ada yang kena gelak dengan adik-adik aku kat belakang tu kang. Ah! Parah ni. Pertanyaan kali kedua bakal bapa mertua aku mengejutkan angan-anagan dalam hati aku ni. "Terima tak nak?" "Jangan tak terima nak, jauh pakcik datang. Sedih pakcik" Hahhh...dengan cepat aku mengangguk. Entah siapa entah yang tolak kepala aku untuk mengangguk masa tu ( cover malu...hikhikhik ). Bakal bapa mertua aku terus lega. Bakal mak mertua aku pun terus panggil aku duduk disebelahnya untuk disarungkan cincin. Eceheceheceh, bagai nak melonjak lonjak atas set sofa aku tu je rasanya. Kang, kena reject terus jadi menantu, terperanjat betapa gelojohnya anak dara ni.Tapi, bila pihak lelaki balik je...Yabedabedooo! Hoorayyyy...dah dirisik orang dah den ni. ( Terus tengok cincin dijari manis! Lempang kang!)

TANGGAL 7 APRIL 2012

Alhamdulillah, sampai ke hari pertunangan kami. Saat ni, masih relaks-relaks lagi. Tak rasa pun tunangan orang. Eh, dah lepas tarikh tunang pun masih tak rasa lagi dah jadi tunang orang. Tetap rasa macam pasangan kekasih. Ewahhh! Tapi, persiapannya, mak aiii. Nasib baiklah tempoh bertunang tu sekejap je. Sebulan je. Itu pun, dah macam - macam dugaan dah. Kalau bab bergaduh, tak payah nak kata lah kan. Apapun, tunang aku ( saat ni belum jadi suami lagi ) tetap sabar dengan kerenah dan perangai aku ( yang mengada-ngada, manja terlebih ni). Huish! Siapa kata tak menggelabah bila tiba saat nya? Sejuk kaki tangan ni. Siap terlupa nak pakai stokin kaki, kelam kabut cari stokin kaki pagi-pagi buta. Terima kasih kedai Tongkang yang ada menjual stokin kaki yang nipis tu.


Sebulan berlalu...

GENAP 25 MEI 2012

Aku dinikahkan dengn lelaki idaman ku, lelaki cinta hati ku pada tarikh keramat ini. Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isterinya untuk selamanya dunia dan akhirat. Bergenang air mata seluruh keluarga ku,termasuk diri aku, air mata kegembiraan dan kesayuan. ( Dah macam drama Hindustan saat ni, semua mata bengkak menangis. Keturunan...keturunan...) Bukannya kisah sedih, tapi hati ni...ada taman air terjun. Sejuk je, mencurah-curah air mata. Saat paling aku menangis tak terkira, bila saat keluarga Sakinah. Penyerahan ibu kepada suami ku, dan ucapan ku kepada ibuku. Mak Oiii...melalak - lalak dua beranak macam nak berpisah jauh. ( Macam aku ni kahwin dengan orang Korea, kena balik Korea). Tapi, sesiapa yang pernah lalui majlis Keluarga Sakinah ni ( rasanya orang Johor je kot, dan kalau sesiapa yang hendak buat acara ni ), memang bengkak matalah nangis. Dah tak peduli dah, orang sekeliling nak kata apa apa. Dah tak peduli dah, make up entah apa rupa. Nasib baik, make up artist aku profesional, tak cair pulak make up ni bila aku menangis lencun. Rasanya saat tu, macam dah tak dengar sangat dah buti-butir perkataan yang kami berdua beranak bercakap. Dengar bunyi..huuuuhuuuuhuuu...itu je rasanya...hehehe. Apapun, alhamdulillah majlis dah sempurna. Hah, sebelum lupa nak cerita, saat ni jantung dah tak berdegup rasanya. Terasa macam ada satu batu bakal menghempap di atas bahu ku. Terasa, aku akan masuk ke alam lain yang sendiri tak pernah masuk alam itu. Macam - macam terasa lah. Kepada sesiapa yang dah berkahwin, pasti memahami apa yang ku rasa saat ini. Kepada sesiapa yang belum berkahwin, nanti koma rasa ye. hehehe... Alhamdulillah...

KINI, 3 BULAN BERLALU SEBAGAI SUAMI ISTERI...

Pum pam pum pam...dah masuk 3 bulan jadi bini orang. Setelah bermacam - macam perkara berlaku antara aku dan suami. Setelah bergaduh, berromantik, berhoneymoon, ber...ber...ber...lah katakan. Tetiba aku dikejutkan dengan...

Kekasih Idaman ku yang Ke- 4, nama dia IRONMAN. 
 Wahhh! Melonjak keriangan aku di Aidilfitri yang ke berapa hari entah. Aku lah manusia yang rasa bahagia saat itu, selain saat aku berkahwin dengan si pemberi hadiah ni. Suami ku kata, ni hadiah sempena " Anniversary kita yang ke 3 bulan ". Wahhh! ( Terpesona aku sekejap dalam senyuman dan kata-katanya). Ingatkan macam dalam novel je boleh berlaku, rupanya dalam hidup aku kini berlaku. Wahhh! Selalunya setiap bulan, suami aku je yang ingat tarikh dan wish kat aku. Tapi, hari tu memang dia jugak yang ingat, wish dan beli hadiah untuk aku. ( Apa punya bini ni, lupa je...tak romantik langsung kau ye!) Aku punya tahap gembira, terus rasa nak peluk cium suami kat tepi jalan tu jugak. ( Masa ni, dia beri hadiah depan rumah makcik aku kat Melaka. Tepi jalanlah kiranya). Tapi, disebabkan tatasusila ku yang tinggi, sopan santun yang ada, aku pendam je dalam hati. Apa yang mampu, aku cium tangan suami ku dengan ucapan terima kasih. Terima kasih suami ku!

Ahhhhh! Nikon! Kini kau ada bersama aku dan dia,suamiku! Dah, jom Ironman, kita bekerja! Salam!


Rasa Nak Lempang Laju-Laju Enjin Nyior ni !

Hati panas bila baca apa yang di post kawan dalam FB. Menyirap darah aku yang tak ada darah tinggi ni. Angin satu badan aku. Rasa terus ringan je mulut aku ni nak menyumpah seranah. Bukan setakat ringan mulut, tapi ringan jugak tangan aku ni. Rasa nak lempang laju-laju, nak tengok hebat tak dia menahan penampar ! Mulut dah hebat sangat ! Otak dah hebat sangat ! Geliga sangat hidup tu nak makan maki hamun orang !

Cuba lah korang baca entri posted by this blog Enjin Nyior ni...

http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache%3Arb8njVx44RUJ%3Aluvlylya.blogspot.com%2F2011%2F11%2Funtung-laa-sape-jadi-cikgu.html+ Kisah Liyana: Untung laa sape jadi cikgu webcache.googleusercontent.com sgt stuju!! bila ak kje tiap2 hr blk lmbt bru ak pn sdr perkra neh ckgu neh sgt beruntng sbnrnya tp diorg x besyukr...sgt ssh nk jmpa yg btul2

Bila aku baca, rasa macam-macam dalam hati ni. Aku taip blog budak ni, "Blog has been removed".
Hah! Tahu pulak kau takut, lari ca alif but! Berkata- kata berani sangat, bila orang ramai serang kau tak berani nak jawab. Hebat sangat ke kerja kau tu sebagai Engineer? Hebat sangat? Bila cikgu tak halalkan ilmu kau, kau sesedap enjin mulut kau je  nilai cikgu tu tak ikhlas ajar kau? Habis tu, kalau mak bapak kau tak ampun kan kau, kiranya mak bapak kau tak ikhlas lah jadi mak bapak kau? Habis tu, kalau kau sembelit tak boleh nak b***k, jadi kau tak ikhlas lah nak buang sisa najis kau dalam badan tu? Ishhh...kalau muka cantik , biar perangai pun cantik. Kalau muka hodoh banyak kawah bulan pun, perangai baik cantik, orang tetap nampak cantik. Tapi, kalau muka dah tak cantik, banyak kawah bulan,perangai pun tak cantik, bahasa pun busuk, banyak orang doakan kau mati. Kau pernah dengar tak bidalan ni? Aduh...budak! (nak panggil budak ke badak).

Daripada isihati kau,pendapat kau yang kau katakan macam-macam perihal cikgu ni. Nampak sangat kau tak puashati dengan orang yang kerja cikgu, nampak sangat kau berhati busuk, berotak singkat. Nampak sangat kau bangga dengan jawatan yang kau ada. Kau faham tak rezeki kita sebagai manusia ni ditangan Allah. Baguslah alhamdulillah, kau minta doa orang ramai hina dan keji kau,kan?

Aku jarang nak rasa marah dengan entri kalut mengarut blog orang ni. Tapi, kalau bab menghina menilai kerja orang lain, ishhh...hilang sabar aku ( pegang tangan aku cepat...cepat). Bukan sebab aku ni seorang guru yang aku marahkan sangat (kalau ye pun, tak salah kan...?). Tapi disebabkan aku tak suka manusia menilai kerja orang lain. Kalau kita berada ditempat orang tu, baru kita faham orang tu. Kalau kau tak pernah jadi cikgu, tak pernah kenal seorang pun anak murid di zaman sekarang,kau tak payah cakap lebih la. Belum tentu selamanya kau jadi Engineer.( yeke engineer?). Hari ni, hari kau budak. Astaghfirullahalazim...beristighfar aku. Hei manusia, dosa dengan Allah, senang kau nak minta ampun. Dosa dengan manusia ( berapa juta manusia yang kau dah sakitkan hati dalam Malaysia ni ?). memang payah lah. Ni bukan aku yang cakap, ni Allah yang berkata.

***Boleh tak hapuskan manusia macam ni? Bertaubatlah budak.

Wednesday, February 15, 2012

Kasih Ayah !

Terharu! Tersenyum aku! Kadang - kadang tergelak! Mana lah aku makin tak manja! Bila aku kenangkan semua memori tercipta dari aku dilahirkan kecil hinggalah aku dewasa sekarang. Aku tak dapat bayangkan jika aku kehilangan ayah aku. Memang aku meraung menangis tak terhenti. Memang tak ada siapa boleh ganti ayah aku. Ini ayah aku! Tau!  Ayah aku lah yang paling hensem! Ayah aku lah yang paling baik! Ayah aku lah yang paling owesome! Ayah aku lah yang paling COOL ! Semua yang paling - paling THE BEST tu, ayah aku lah yang aku iktirafkan! Ayah aku kan! Aku punya suka lah nak puji!



Kenapa tetiba aku nak citer pasal AYAH! Sebabnya...hari ni aku tergelak, bila melihat layanan seorang ayah kepada anak gadisnya yang satu - satunya tunggal dan sorang dalam family aku ni.

Macam ni kisahnya....

Mulai tahun 2012 ni, aku memang setiap hari balik lambat kecuali hari Jumaat lah. Boleh dikatakan, setiap hari aku balik pukul 4.30pm. Jadi, kebiasaannya aku balik kerja pukul 4.30pm, aku akan terus bergerak ke bandar ambil mama aku balik kerja pukul 5pm pulak. So sampai rumah dalam pukul 5.30pm > lah kan. Dan kadang - kadang, ada aku balik rumah dulu kalau aku balik kerja pukul 4pm.

Hari ni, aku balik pukul 4.15pm, dan mama pulak balik kerja pukul 6pm. So, aku balik rumah dulu lah. Banyak lagi masa untuk berehat - rehat di rumah. Bila tiba saja di rumah, aku terus ke dapur. Sebab aku tahu, ayah pasti di dapur sedang masak. (Ohhh...kan aku dah kata, ayah aku memang OWESOME! COOL! ). Di jadikan cerita, tiba je aku di dapur, aku terus tegur ayah aku dengan cara kebudak - budakkan, " ayahhh..." sambil tersenyum. ( Dalam hati menyanyi, 'kami dah pulang, ayah buat cucur...'). Nak tahu? Macam mana ayah aku sambut teguran kebudak - budakkan aku tu? (^_^)
 Ayah aku buat - buat terperanjat sambil tersengih. Macam mengagah budak 2/3 tahun..."Eh, dah balik...".
Hahaha...seronok x? Alangkan sekarang aku taip citer ni pun, aku tersenyum dan tergelak. Macam gitulah cara ayah aku layan aku setiap kali aku kebudak - budakkan. Setiap kali aku balik keje, pasti ayah sambut aku macam sambut anak perempuan dia yang umur Darjah Satu balik sekolah.

Ohhh...aku sangat gembira. Mana lah aku tak makin manja walaupun aku dah nak kawin. Mana lah aku tak makin manja tak nak masak, bila ayah aku layan ' Along nak makan apa hari ni?' ...ataupun...'Sedap tak ayah masak? Ayah masakkan lauk yang Along suka tu lah' ....atau pun...' Ada orang tu bertambah - tambah, lauk kegemaran dia hari ni'...Uhhh...Aku sangat bersyukur. Sangat - sangat bersyukur, dikurniakan dan dilahirkan mempunyai ayah seperti ini. Sangat bersyukur! (Makin manja lah anak dara ayah ni yah...malas masak)

Jadi, moral of the story...Hargailah ayah korang sekiranya korang mempunyai seorang AYAH yang sangat - sangat BEST untuk korang kan. Lain ayah, lain caranya memnjakan anak.

Apapun, aku tetap doakan yang TERBAIK untuk ayah aku. Sayang sangat Ayah! Semoga ayah ditempatkan orang - orang dicintai Allah, di syurga mu ya Allah. Al - Fatihah dan Doa tetap ku kirimkan, agar bila dikau bertemu kembali kepada NYA dunia kekal abadi , sudah tercipta sebuah TAMAN INDAH untuk mu. Aminnn....

*** Sedekahkan Fatihah untuk ibubapa kita tak semestinya pabila mereka pergi menghadap Ilahi. Tetapi, biarlah sedari sekarang, agar disediakan untuk ibu bapa kita di sana nanti sebuah TAMAN INDAH dan penyelamat ibu bapa kita dari azab kubur dan api neraka. InsyaAllah...Doa anak - anak yang soleh dan solehah yang di bawa bersama ke sana, bukan harta dan pangkat.

Sayang Ayah! Sayang Mama!
Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio