Friday, March 25, 2011

Ubat Batuk Paling Sedap Pernah Jumpa Sepanjang Hayat 28th Ni!

UBAT BATUK PALING SEDAAAAP!!!


Fuhh! Tajuk nak panjang - panjang. Pasal ubat batuk je pun ko ni...hehehe...saja je kan. Selagi muat untuk di taip. Taip aje lah.

Seminggu aku cuti untuk merehatkan otak - otak ( oppss...bukan makanan otak - otak yang jual kat pasar malam tu ea ), minda dan badan yang letih bekerja, tak best dan tak nikmat langsung. Apabila, ditakdirkan Tuhan Yang Maha Berkuasa, aku jatuh sakit, demam, selsema, sore throat dan juga batuk. Maka, seminggu tu lah aku beristirehat di rumah, tak ke mana pun(amik ko,nak sangat cuti). Seminggu yang sadis telah berlalu, Alhamdulillah, tonsil yang bengkak ni dah pun berkurangan, walaupun makan antibiotik yang menimbun Doctor bagi tu tak teratur makan nya...hehehe...( kalau mak aku baca ni, naya aku ). Tapi, yang buat tak best nya, batuk ni tak kurang, makin menjadi - jadi dia bergendang dan menggeletek tekak aku ni. Huh..memang pendiam ya amat aku ni. Memang tak syok lah nak kerja. Macam mana nak kerja. Dah lah kerja aku ni ramai sangat client yang nak di layan, nak berinteraksi dengan orang, mana nak cakap kalau cakap je, terus batuk terbahak - bahak, tak berhenti(tak senonohnye bunyi..hehehe). Tiba - tiba, pada hari ke - 2 aku datang kerja setelah naik cuti, datang lah seorang hamba Allah swt, menjual madu. Bermula lah penglipur lara si tukang jual madu lebah ni, di beri nya segala petua. Termasuklah, petua untuk ubat BATUK...huhu...ni lah yang nak di cerita nya ni. Ubat Batuk Orang Asli made by MADU okayyy( sebab penjual nya Orang Asli...hehehe..)









Petuanya adalah....:

      Madu      
          Limau Nipis      
       Sikit Asam Jawa     
     Sikit Garam    

Maka, aku tawakaltullah lah, cuba resepi Orang Asli ni untuk ubat batuk. Dengan pantasnya aku balik ke rumah, kemudian 1 sudu besar madu asli ( guna sudu plastik ye, untuk tidak hilang khasiat madu ), separuh air limau nipis di perahkan, secubit asam jawa dan juga garam halus. Dikacau - kacau. Lastly, minum lah ubat batuk tu. Tapi ingat ye kawan - kawan, kita niat, Allah sahaja yang Berkuasa menyembuhkan segala penyakit yang ada di dalam badan kita, yakin dan tawakal lah pada Dia...ye kawan - kawan...ye.

Fuhhhh! Sedap sungguh ubat batuk ni. Rasa nya, masam - masam manis. Sangat Sedap. Kalau macam ni la ubat batuk rasa nya, kan bagus. Memang tak takut lah aku telan ubat batuk. Setiap satu jam pun aku sanggup huhuhu...

Kesannya, alhamdulillah berkurangan hari ke hari. Dah mampu aku bercakap dan bersuara. Amalkan lah 2x sehari ye.


Sekian sahaja, penyampaian saya hari ini.


Tata...

" Yang baik itu datang dari Allah swt, yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri."

p/s: nak pergi telan pil pulak...uwaaaaa....(T-T)


Thursday, March 24, 2011

Contest Sasa T - Vers. Three Faces

This is my part 2 version of Sasa T.

Let we see what we got here,

PART 2

BEFORE EDIT

AFTER EDIT

For your information,
This contest is organized by Sasa T.
You're welcome to join us.


♥Enjoy ♥

Tag contest : 




Contest Sasa T - Vers. NEXT TOP MODEL

Here you now! I would like to announce that I'd like to join this contest which is involve technically and mentally in editing photo.

This contest is actually organized by SASA T .

So, now, I would like to introduce my part  1,
model of this contest.

PART 1
BEFORE EDIT

AFTER EDIT




So, will be continue on my version edit of SASA T,in part 2.

My Tag to : 1. Yat
                      2. Kak Dewi 
                      3. Ninie
                      4. Cahaya Azun
                      5. Cik Rohana


Wednesday, March 23, 2011

Bercium Mulut Di Masjid ??? Apa???!!!

BERCIUM MULUT DI MASJID???

Apa??? Bercium mulut di Masjid? Aduhaiii...dengar pun dah tak sedap dah. Apa tah lagi memandangnya. Walaupun kkorang tu suami isteri, tak semestinya boleh buat sesuka hati di dalam masjid. Aduuuhhhh...sedih. Bukan apa, aku pun tak nak la cakap banyak sangat, sebab ilmu agama aku pun tak lah sehebat Imam Muda...tak lah setinggi Ustazah Dr. Arbai'yah...tapi masih lagi tahu hukum - hukum dan adab - adab di masjid. Malu lah...Negara kita pun, dah diwarwarkan dalam berita tempoh hari, tidak boleh di adakan majlis akad nikah di masjid lagi, kerana ia menyamai atau menyerupai agama Kristian. Kenapa berkata begitu? Jika kita masih teruskan cara macam tu. takut - takut dikhuatiri orang yang beragama Kristian akan menyamakan agama Islam dengan Kristian, tiada beza antaranya, maka tiada lah atau hilang lah hormat pada Islam.

Apa aku citer panjang lebar ni...hehehe...sebenarnya ni hah,yang aku nak sampaikan. Kisah pernikahan si Kris Dayanti dan Raul Lernos. Sila lihat gambar ye...



Dikatakan, Raul mencium bibir isterinya Kris Dayanti, sebanyak 3 kali di hadapan khalayak ramai sebagai tanda cinta nya pada isteri tercinta.( boleh lihat sumber di Qimie Dot Com-http://qimie.com/blog) Di dalam masjid aksi ni okayyy...tolonglah...perbuatan ni boleh kalau nak buat, di majlis resepsi ke, kat luar ke,tak kisah lah kat mana, asal bukan di dalam Masjid yang mulia ini. Perbuatan sebegini menyerupai majlis Kristian, sebaik sahaja mereka berkahwin di gereja mereka. Aduhai...tak sopan. Hormatkan lah masjid tu....Aduh...Astaghfirullahalazimmmm...
Bagi yang tak setuju dengan komen aku ni. Tak pelah. Andai ada kata - kata aku yang salah di sisi agama Islam, harap diperbetulkan dan mohon maaf. Tapi, bagi aku, aksi sebegini tak PATUT SANGAT dilakukan di dalam MASJID ye...maaf.

p/s : panjang pulak aku membebel...hehehe...Tolonglah Kris...


Tuesday, March 22, 2011

Petua Sentiasa Dara ♥

PETUA SENTIASA DARA...OKAYYY!

Okay...siapa nak kekal dara, sila beratur betul - betul ye. Ikut barisan yang tegak. Siapa yang tak nak dara, beratur sebelah kiri saya...hehehe...ape ko merepek ni labu. Ehem,ehem...meh bisik,psst, petua ni untuk mereka yang dah berkahwin ye...awak yang  baca entry petua ni dah kahwin ke belum?hehehe...tak pe,tak pe...belum kahwin pun tak pe. Untuk ilmu kita, dijadikan amalan kita nanti bila dah berkahwin ye. Apa???? Nak amalkan sekarang? Ehem, nak amalkan sekarang pun tak pe lah. Leh je, untuk kekal sihat dan cantikkan. Apa salahnya....hehehe

Okay,okay...mana buku nota...? Keluarkan buku nota, dan salin ye apa yang I nak share with you all....

Petua nya adalah...

Lepas solat Isya', ambil segelas air kosong. Kemudian...
1. Baca Surah Al - Fatihah sekali (1x)
 2. Baca ayat Kursi sekali (1x)
3. Baca Surah Al - Waqiah, ayat 35 - 38,sebanyak tujuh kali (7x)
4. Tiup  dan minum : niat untuk menjaga kecantikkan diri dan kebahagiaan rumah tangga.

Aminnn...alhamdulillah. Semoga amalan kita diberkati olehNya. Segala nya dari Dia. Dengan izin Allah, ia akan berlaku. Yakinlah dan tawakal lah pada Dia ye kawan - kawan...Aminnn...

Renung - renung kan lah dan selamat beramal. Jumpa lagi.


Saturday, March 19, 2011

Doa " Cinta Suami Ku" & " Kasih Isteri Ku"♥

♥Doa Isteri Untuk Kejayaan Suami♥

" Ya Allah Berikanlah suami ku kemudahan rezekinya.
Jika letaknya masih jauh maka dekatkan lah, jika masih ada di langit maka segera turunkan lah untuknya, jika bertahan di dasar bumi hanya Engkau lah yang mampu mengeluarkannya. Ya Allah, berkatilah rezeki yang diperolehi suami hamba agar membawa kebaikkan bagi kami sekeluarga di dunia dan di   akhirat."

Sesungguhnya, terletaknya kebahagiaan isteri dari keredhaan suami dan manakala terletaknya kejayaan suami dari doa keberkatan isteri.


Andai suami menggunakan rezeki yang dilimpah ruah untuk nya ke jalan yang mungkar, hingga menzalimi isteri, maka terjatuh lah suami ke kegagalan. Kerana, rezeki yang dicurahkan oleh Nya, adalah bukan sahaja untuknya tetapi untuk isteri dan anak - anaknya.

Berjaya nya seorang lelaki (suami ) kerana berdiri di belakangnya seorang perempuan ( isteri ).


Doa Suami Untuk Kebahagiaan Keluarga


" Ya Allah, bahagiakan lah keluarga kami, bersama pasangan yang telah Engkau pilihkan dan tetapkan untuk ku, kerana aku yakin Engkaulah sumber kebahagiaan kami yang sesungguhnya. Berikanlah ketenteraman dalam hatiku, hati isteriku dan anak - anak ku. Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan ini dengan keredhaan Mu terhadap kami sekeluarga".

 Sesungguhnya, redha nya suami ke atas isteri maka baru peroleh dirinya redha dari Allah. Sekiranya murka suami kepada isterinya, maka murka lah Allah pada dirinya.
 Nauzubillah.


p/s : Semoga kita menjadi yang TERBAIK untuk pasangan kita hanya kerana untuk   
       Allah swt. ( Saya doa saya mampu menjadi isteri yang solehah,Aminnn)

Friday, March 18, 2011

I'll Be Back ♥




I'll Be Back 
by
2PM



Lyrics:
[JunSu] I'll be back, You wil find me again
I'll be back then, Nobody can like you more than I do

[Wooyoung] What's this suddenly, What should I do How can you
do this to me, I believed your words you'll love me forever

[Chansung] You promised we'll never change
We're the match made in Heaven, Its so true You told me

[JunSu] I'll be back, You'll find me again
I'll be back then, Nobody can like you more than I do

[Junho] You'll be back, You will be back
So I let you go, I know that you cannot live without me
I'll be back

[Wooyoung] You and I, we cannot be apart
Maybe you're mistaken, This hard time comes to everyone Wake up

[Chansung] Think twice No matter how many times I tell you
You don't listen to me My calls echo back

[JunSu] [Junho] I'll be back (be back), You'll find me again
(You'll find me again) I'll be back then ( I know----)
Nobody (Nobody) can like ( can like you more than I do)
you more than I do, You'll be back (You---) ( You'll be back) ( You'll be back)
So I let you go (I know) I know that you (you) cannot live without me
(cannot live without me----)

[Taceyeon] Listen baby girl
Ok, I will turn around I will let you go nicely like a man
I will be standing silently like a dead man far behind you
Without bothering you You will never know
Far far away so that you can forget me completely UH~

[NichKhun] But you better know that I'm not giving you away
Will I ever stop waiting no way
It'll be the same in my world I'm your boy You're my girl
I let you go for a moment I know you'll be back
So don't worry When you fall down I'll be back

[JunSu] [ Junho] I'll be back (I'll be back)
You'll find me again (You Know) I'll be back then (I'll be back then)
(I'll be back) Nobody can like you (No) (nobody) more than I do
(Nothing like me) You'll be back (You'll be back) You will be back
(You will be back) (That's why I let you go) So I let you go
(I know) i know that you cannot live without me (I'll be back)
I'll be back



p/s : Korean Song la pulak..kekeke

Ubat Tekak!!!!

Nak Ubat Tekak!!!!


Nak ubat! Nak ubat!...huhu...sakit ni tekak! Tu la, apabila Allah swt menarik hanya sedikit sahaja nikmat hidup, dah meronta - ronta sedih dah( insaf jap,redha ye, setiap penyakit tu terhapus dosa - dosa kecil). Tekak ni hah, dah bengkak. Apa doktor kata? sakit tonsil? hah tu la nama nye. Semua yang ditelan sakit, makan apa pun tak rasa dah. I memang dah selalu kena demam disebabkan dek tonsil ni. Apa lahai. Ni dah hari ke berapa entah, tak baik - baik juga ni( dalam hati risau ni...). 


Ada ubatnya nya orang cakap..untuk baikkan tonsil yang bengkak ni la kan.Orang cakap la..doktor pun kira orang jugak kan..hehehe...(tekak dah sakit pun nak men - men ea)


Ubatnya adalah ubat yang PALING SERONOK sekali...hehehe...jeng jeng jeng...



Nak yang ni ke...



Atau yang ni...sedaaaapp!!!

Hah! sedapkan ubat tonsil? huhu...sape yang tak mau wehhh....apa lagi. Aku pun melantak lah(dah bukan buat ubat dah ni namanye). Hah, ambik ko, batuk pulak yang mendatang...hehehe. Sekarang ape nak buat? huhu...tak pergi kerja la jawabnya. Yeeehaaaa!

Itu je yang nak dikongsi.hehehe...eh, kenapa makan aiskrim ubat sakit tonsil bengkak? Ohhh...sebab kena makan aiskrim, adalah untuk mengecutkan tekak yang dah bengkak tu. Kalau tak baik bengkak tu makin teruk, maka kena operate lah tekak tu nanti...huhu...takut tak? ( ada hati nak takutkan orang...hehehe).

Dah la. Bye! ( Sambil tangan menyuap Ice cream Vanilla)



Thursday, March 17, 2011

Kebahagiaan Dalam Perpisahan


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tuesday, March 15, 2011

Permata Yang Di Cari


Permata Yang Di Cari
by
Dehearty


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui 
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu 

p/s : Doa ku untuk dia...Aminnn.

Saturday, March 12, 2011

Wahhh...Nak Kad Kahwin ♥♥♥

Wahhh....Nak Kahwiiinnn ?





Wahhh...bila sebut pasal Kahwin...semua anak - anak dara pasti teruja la. Termasuk la jugak kaum - kaum teruna...ye tak?huhu...Bila hati rasa tak sabar nak kahwin, kena lah fikirkan tentang duit perbelanjaan. Bak kata orang, Budget Kahwin...hehehe...Semua tu mesti ada. Kalau tak, tak dapatlah nak buat majlis perkahwinan yang diimpi - impikan dan diidam - idamkan. Boleh je kalau tak nak buat majlis besar - besaran, kan...ikutlah kemampuan masing - masing ye. (toksah lah nak tiru gaya ala - ala artis terkenal gitu kalau budget tak de...ye). Apa - apa pun, dalam budget kahwin korang mesti ada Tempahan Kad Kahwin, walaupun jemputan setakat 500 je. So, I nak share dengan korang semua, akak - akak, adik - adik atau abang - abang ( pakcik - pakcik or atuk - atuk pun boleh) yang nak kahwin. Boleh lah buat tempahan Kad Kahwin Eksklusif Termurah ni. Hanya klik di banner ni untuk lihat design - design Kad Kahwin yang cantik dan menarik malah Berpatutan harga nya. Murahhhh...

                    


Kenapa korang kena Tempah di sini ? 


Sebab nya adalah : -



Team hot kad kahwin telah memberikan 6 sebab kenapa korang patut menempah kad perkahwinan dengan mereka:
  1. Harga yang ditawarkan  berpatutan dan murah berbanding harga pasaran.
  2. Artwork / design adalah PERCUMA.
  3. Buat 2 pihak dalam satu kad adalah PERCUMA.
  4. Letak gambar pada kad adalah PERCUMA.
  5. Kos penghantaran hanya RM15 tanpa mengira kuantiti kad dan lokasi tempat tinggal anda. (khas untuk Semenanjung Malaysia sahaja).
  6. Berpeluang menjana pendapatan lumayan daripada mereka dengan menyertai program affiliate mereka.

Semua urusan dijalankan online di laman web mereka dan e-mail. Jika awak - awak semua tak puas hati dengan hanya melihat gambar-gambar design kad kahwin yang di sediakan awak - awak semua boleh mendapatkan sample kad kahwin dari team hot kad kahwin dengan bayaran RM5. Mereka akan mengepos 3 kad pilihan anda dan beberapa sample lain untuk anda lihat sendiri.




Meh...Meh...I tunjukkan korang Jenis - Jenis Design Kad Kahwin yang disediakan di Hot Kad Kahwin ye...


Kad Carnation

Saiz - 420mm x 90 mm ( 2 lipatan )

Material - Artcard 260gsm ( tebal seperti kulit majalah)
Kad Lantana

Saiz - 420mm x 90mm ( 2lipatan )

Material - Artcard 260gsm ( tebal seperti kulit majalah )


Kad Tulip

Saiz - 420mm x 90mm ( 2 lipatan )

Material - Artcard 260gsm ( tebal seperti kulit majalah )
Kad Hibiscus

Saiz - 420mm x 90mm ( 2lipatan )

Material - Artcard 260gsm ( tebal seperti kulit majalah )


Kad Daisy

Saiz - 210mm x 198mm ( 3 lipatan )

Material - Artcard 260gsm ( tebal seperti kulit majalah )

Kad Jasmine

Saiz - 213mm x 198mm ( 2 lipatan )

Material - Artcard 260gsm ( tebal seperti kulit majalah )
Kad Magnolia

Saiz - 297mm x 210mm ( A4 - 3 lipatan )

Material - Artcard 260gsm ( tebal seperti kulit majalah )


Untungnya Korang membuat tempahan Kad Kahwin korang di sini adalah :




Artwork percuma (ayat & peta)
Letak gambar percuma
Buat 2 pihak dalam satu kad percuma ( hanya sesuai untuk peta yang ringkas )
Harga termasuk sampul putih kosong
Kos penghantaran = RM 15 / penghantaran (untuk Semenanjung M'sia sahaja.)




Hah ! Amacam? Berminat kan...ok Akak - akak, Adik - Adik, Abang - abang... Boleh lah Klik Di sini :


                                                       

p/s : Nak Kahwinnnnn....la pulak! 
Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio