Monday, June 20, 2011

Recipe Ayah Special Day ♥

Happy Father's Day.....Ayah....!!!

Oleh kerana kepenatan hari special semalam, aku tak dapat la nak post entry baru kan. Sejak dua menjak ni, aku pun busy melayan sweetheart aku...dan kini aku rindu dia sangat - sangat...Alisha Damia!!!
Tak pe, nanti ada post entry untuk Mia pulak ye sayang...

Okayyy...semalam Hari Ayah - Ayah, Abah - Abah, Bapak - Bapak, Daddy - Daddy kan...maka, aku pun mencipta resipi menu untuk hari yang istimewa. (semua kerana akhir bulan, duit kering sudah...takde hadiah). Lagi pun, ini lah peluang untuk aku menyiapkan semua sebab Mama,Ayah aku pergi ke Terengganu bersama adik aku si Angah menghantar isterinya si Ayu yang dalam berpantang lepas bersalin hampir 3 minggu. Menantu Mama Ayah aku lah kan. So, aku boleh lah memasak dengan aman damai sebab tak ada  ramai orang dalam rumah ni kecuali adik aku yang bongsu, si Adik. Biasanya, kalau diorang semua ada, aku tak boleh lah nak masak,tak selesa (alasan semata - mata...hehehe).

Dengan jayanya aku memasak, resipi menu istimewa pun siap la...tepat pada waktunya diorang tiba di rumah kami.

Resipi menu nya adalah :





Sedap tak menu ni?cakap sedap.cepat! Apepun tak boleh...hehehe...okay. Sekian sahaja resipi menu Ayah Special Day. Aku hepi sangat hari semalam, sebab, habis lauk pauk yang aku masak diorang makan....sedap sungguh! (ceh!...perasan...sedap ke sebab lapar benor...hehehe).

Dah lah. Babai...Peace Yaw!!!


Sunday, June 12, 2011

Resipi Hilangkan Tension...Yeay!


Bila tension je tak tau nak buat apa. Mengadu nasib? Dah. Menangis? Penat dah. Menjerit sekuat hati sambil tutup dengan bantal? Bosan, sakit tekak. Makan coklat? Banyak dah. Tapi...tak jugak hilang ketensionan ni. Apa pun tak boleh..(hehehe)

So, aku online sebentar bersama Kit Kat, dengan kuasa enjin Google. Aku mulakan pencarian gambar - gambar yang mencuit hati, yang comel - comel ke kan. Itu pun nak bagitau.(hehehe). Tetiba, aku ternampak lah kartun - kartun yang cute dan comel.(Bukan sama ke maksud...?). Aku pun teringat, yang aku ni dah lama tak melukis - lukis bagai ni. Dah lama tak lukis - lukis ni.

Dengan ini, aku mengisytiharkan menDoodle untuk menghilangkan rasa ketensionan dan kebosanan yang melanda.

Doodles
Salah satu resipi untuk menghilangkan stress mahupun tension. Jauhi tekanan jiwa ye...

Ini lah hasil ketekanan aku.








Huhu...Banyak lagi aku nak buat, nak doodle...yeay! Hilang tekanan sebentar, tapi berkesan. So, kalau korang tension, lukislah ikut suka korang ye. Asal ko suka sudah.

Babai...
Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio