Wednesday, May 25, 2011

♥Aishiteru (Menunggu) ♥ - Kembalilah...

Semenjak kehadirannya, hidup ku ceria. Hidup kami sedikit riuh. Dengan teletah nya. Dengan suaranya. Muka dia bersahaja. Kita gurau pun tak ada perasaan. Kita marah lagi laa,tak ada perasaan langsung. Yang dia tahu,kemahuan dia mesti dituruti. Kalau tidaaakkk...memang kecoh lah mulut dia mengepak. Hadirnya tak diundang, perginya tak diminta. Itulah dia....
Kontot


Dia hanyalah seekor kucing kampung yang biasa korang tengok kat mana - mana ceruk kampung maupun bandar. (Mesti korang kata,ala..kucing kampung pun nak kecoh ke...)Walaupun dia seekor kucing berketurunan kampung,tidak berbulu kembang, berekor kembang, tetapi dia tetap seekor kucing kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. Dia tetap seekor kucing yang mana sekarang banyak yang terbiar,yang mana tidak ada kerajaan untuk mereka,negara untuk mereka,undang - undang untuk mereka,pekerjaan untuk mereka. Mereka terpaksa mencari makan di tepi - tepi longkang. Mengemis di kedai - kedai maupun di warong - warong makan,untuk sara diri sendiri maupun anak - anak. Meminta - minta makanan atas belas ikhsan manusia hanya untuk mendapatkan secubit isi ikan maupun tulang ayam goreng. Kasihan kan nasib kucing - kucing kampung yang terbiar ni.

Begitu juga Kontot atau panggilan pendeknya, Tot. Dia kucing kampung biasa,yang kehilangan emaknya. Pada suatu hari, Si Kuning (kucing aku jugak,tapi mati sudah dilanggar kereta) balik ke rumah kami,tetiba kami tengok ada lagi satu makhluk lain juga yang masuk ke dalam rumah kami. Kecik budaknya, macam umur 1bulan. Mengiau sana,mengiau sini,mencari emak dan lapar susu. Itulah si Tot.. Kasihan dia. Lalu kami bela jugak dia seperti mana kucing - kucing pendatang lain, Si Yong, Si Panjang. Tapi, dia ni istimewa sikit, kami benarkan dia tidur dalam rumah seperti si Kuning(tapi Kuning kejap je tido dalam umah,pastu keluar gie mengurat). Semakin hari kami bela,semakin kami sayang.


Tot kucingnya bijak. Pandai buka tingkap rumah sendiri. Kalau nak masuk rumah kembali, dia akan ketuk tingkap rumah kami aaupun mengiau - ngiau dia kat luar minta bukakan pintu. Dia bising bila lapar,jika tidak dia diam. Bila kami solat, dia paham,dia akan tunggu tepi sejadah hinggalah selesai kami solat. Bila kami tutup lampu, dia tahu masa untuk tido,berlari-lari dia pulang ke rumah. Bila semakin dewasa, dia lebih suka keluar rumah pada waktu malam. Pada siang hari nya, dia lebih suka duduk di rumah,tidur. Setiap hari bila aku pulang dari kerja, dia akan berlari tunggu di muka pintu menyambut kepulangan aku walaupun dalam mengantuk dia bangun dan tunggu. Kemudian, dia akan ikut aku masuk ke bilik dan mengiau-ngiau sambil menguap berkali - kali. Itu tandanya, dia ajak tidur sama. Lalu, aku baring atas katil dan panggil dia ajak baring sama. Tapi dia masih mengaiau lagi,kakinya menguit - nguit tepi lengan aku. Rupanya, dia nak aku buka lengan aku, dia nak tidur di celah lengan aku dan peluk dia. So,aku pun peluklah dia. Barulah aku faham. Macam tu lah aku dan Tot setiap hari.


Tapi kini, sudah masuk hari yang ke-5 Tot masih tak kelihatan. Dia masih tak juga pulang. Hari terakhir dia keluar rumah adalah hari Sabtu jam 4am. Hingga kini dia tak jugak aku kelihatan. Kami sekeluarga tertunggu-tunggu. Setiap hari aku mencari dia. Pulang saja dari kerja, aku mencari dia di seluruh kawasan rumah aku,rumah jiran - jiran,taman belakang,taman sebelah...semua tempatlah. Aku dah macam mak yang hilang anak,terjerit - jerit memanggil nama dia...Tot...Tot...Tot...semua jiran tahu aku mencari kucing. Hari ni, hari ke - 5 aku mencari dia lagi hinggalah tiba di taman belakang rumah. Aku mencari - cari hinggakan ada yang gelak kan aku, hanya kerana mencari seekor kucing. Sedihnya hati ni... manusia, manusia...Dah lah sedih teramat sangat, lagi bertambah sedih melihat manusia tersenyum ketawa hanya kerana kehilangan kucing. Kucing?...ape kes...itu lah bagi hati manusia lain yang tak berhati perut...bergembira di atas kesedihan orang lain. Pedih sangat...Tak mengapa....aku boleh lagi terima orang gelakkan aku...tapi aku tak boleh terima, kucing kesayangan aku hilang. Ad juga yang senang - senang mengatakan dia dah mati kot...dia dah kena makan dengan orang Nepal maupun Vietnam kot...Bertambah sedih bila ada yang cakap macam tu.Hmm...Mungkin hati orang lain tak memahami ape yang aku rasa...mungkin ada juga yang memahami yang mana mereka juga pernah kehilangan kucing seperti aku. Terima kasih bagi mereka yang memahami...


Apapun, aku tetap mengharap, Tot akan kembali....pulang ke rumah kami. Kami semua amat rindu kan Tot...


Kembali lah....










" Tuhan tolong aku...
Aku menyayangi nya...
Engkau juga menyayangi nya...
Tolong aku menjaga nya..."






Sunday, May 22, 2011

My Home Sweet Home ♥....


Korang setuju tak, kalau I kata yang perempuan ni, paling suka design2 rumah diorang ke,hias2 rumah ke? setuju tak? Kalau setuju, kasi angguk itu kapla. I pun. I suka sangat tengok - tengok design2 rumah ni tau.(tengok je...itu je mampu buat masa sekarang). Kalau terjumpa interior design yang modern and simple, memang I menggelitik tersangat lah hati ni nak rumah sendiri. Tak menyabor-nyabor dah nak beli rumah gak. Isshhh...kalau U all pun sama je kan dengan I, an? an? hehehe...tak payah la nak nafikan. Bab - bab menghias ni,memang perempuan suka sangat. Tapi, ada jugak lelaki yang minat bab - bab gini ni. Biasanya, lelaki yang kemas la. Kalau lelaki 'sejati' yang betul - betul 'sejati' ni, biasanya tak amik port benda - benda gini ni. Bagi diorang, ni semua kerja orang pompuan. Kerja basuh pinggan, basuh baju, jaga anak, orang pompuan. Kerja diorang ape? campak baju, campak pinggan dalam sinki, campak anak...eh,campak anak plak, biarkan anak tu. Ahhh...malas lah cite bab - bab cenggini,memang banyak lah kan perangai lelaki ' sejati' tu. Tak payah la I nak citer camne sikap diorang ni. Sekarang I nak citer interior design rumah - rumah modern 'n' simple ni. Bak kata Apek...
" Rumah, biar luar nampak SETINGGAN, tapi dalam biar nampak Kondominium"
So, I ada tertengok lah...satu laman Facebook ni...ceh,ceh,FB ye...nama FB nya adalah Home Ideas[click sini]. Dalam laman FB dia ni, ada macam - macam design rumah and interior design. Memang panas hati la tengok. Tak sabar wehhh nak macam tu jugak rumah I. Bila I tengok interior design rumah yang macam - macam idea tu, apa lagi I terus message 'pakwe' I (message je...call nanti habis credit). I cakap ngan dia, I nak design rumah yang macam tu...(ngada - ngada tak?hehehe...). Tak lah...setakat benda macam ni nak lapor kat bf,ye tak,kan?hmm... apa lagi, I punya tak sabar nak interior design yang macam tu, maka I pun....download lah gambar - gambar yang I minat giler tu. Huh!


Meh, I tunjuk contoh2 interior design yang I minat nak buat kat rumah I. Jap ya...turun bawah sikit...








Amacam? Cantik tak? berkenan tak? Kalau berkenan sila LIKE ye, nanti korang dapat design yang macam tu. Fuh! Untung kalau dapat hanya dengan LIKE. hehehe...acah je...jangan marah ea. Tapi, setuju tak? cantik kan? Ni semua design - design daripada Image 3D tau...canggih tak? huhu...Tetapi...FYI...


I dah skip design yang paling cantik I nak buat untuk rumah I nanti. So, yang ni I dah reserved tau. Korang jangan curi Idea yang ni...hehehe...saja je. Meh, I tunjuk kat U all.


" MY HOME SWEET HOME"


My Small Hall
( sesuai untuk rumah yang kecil...suka sangat,simpel)


Small kitchen 1
( mana 1 ea yang I nak...apa ye?)


Small Kitchen 2
( Yang ni pun I suka sangat...coz of the theme,black & white)


My Study Room


My Office Room


My master bedroom
( Cantik sangat yang ni...I suke)


This is from perspective view of my master bedroom

Hah! Amacam? Cantik tak? Cantik kan...kan? I dah tak sabar nak ada rumah. Nak lengkap kan semua ni...huhu...Ok lah. Ni je I nak citer malam ni. Hep! Ingat...jangan amik interior design I  yang kat atas ni tau.

Saturday, May 21, 2011

Mas Kahwin Ku Dinar EMAS....♥ (in my Dream only)



( A = Ain Adrian Adriana )

Siapa kata tak nak kahwin? Siapa kata? Nak tau. Nak kahwin laa...tapi...hehehe
Cerita bab kahwin, korang dah kahwin ke belum? Eh, tak ada kena mengena plak nak tanya korang apesal. Cerita bab kahwin...mesti ada pasal hantaran,kan,kan? Mesti ada cerita pasal majlis kahwin macam mana kan,kan? Mesti ada cerita pasal tema apa kahwin,kan,kan? Mesti ada cerita gak pasal mas kahwin kan,kan?

Masuk bab mas kahwin, semua negeri dan wilayah, nilai mas kahwin adalah berbeza. Bagi Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, mas kahwin diorang RM300.(huhuhu...kecoh gak masa isu ni baru - baru tempoh hari)
Tetapi, mas kahwin yang paling murah adalah, negeri Johor, RM22.50 sahaja,tunaaai.(Well,everybody know! hehehe). Bila di semak dan di nilai, apa lagi,ramai lah lelaki yang berkira dengan mas kahwin ni, terus nak anak gadis / anak dara made from Johor. Murah katanya...ishhh...apa la...nak bagi harta untuk isteri pun berkira ke. Yang empunya harta yang korang bagi tu pun kan isteri korang jugak. Tak baik lah berkira bangat.
(Psst...perempuan-perempuan di luar sana, kalau nak tau keikhlasan cinta dari seorang lelaki,daripada sini kite boleh nilai,tau!)

Okay,masuk bab mas kahwin ni tadi. Tak semestinya bakal suami kita tu (kita? lain macam je bunyi...opss...bukan bermadu ye.sory!) mesti hadiahkan kita mas kahwin kita dengan wang kertas. Bahkan, sekarang boleh dihadiahkan dengan Dinar Emas.
(FYI: Dinar emas tulen adalah 999.9)

(Nak beli Dinar EMAS?leh click kat pic. Dinar EMAS di atas ni ye)


(From my future husband....in my dream ni)

Kalau suami kita hadiahkan mas kahwin kita dengan 1 Dinar Emas 999.9 ( 1 Dinar je? cukuplah untuk contoh,sabor ye), korang boleh nilaikan nya dengan harga emas terkini setiap hari.
Bayangkan, andai 1 Dinar Emas untuk hari ini adalah RM655(ni harga pada bulan April 2011).


(Contoh...Mas Kahwin 1 Dinar Emas)

Untuk pada masa sebulan akan datang, harga Dinar Emas meningkat kepada RM718(ni harga pada hari ini 21 May 2011).
Banyak tak peningkatan nya? Hah! See...what you all can see? Mas Kahwin korang naik kan,walaupun usia perkahwinan korang baru sebulan. Usia perkahwinan korang meningkat. mas kahwin korang pun meningkat sama,kan? Memang tak rugi lah, mas kahwin guna Dinar Emas. Tapi tu kalau 1 Dinar Emas je, bayangkan kalau 5 Dinar Emas? (Berapa? kira lah sendiri...adoiyai)
5 Dinar Emas x Harga Semasa 1 Dinar Emas=
5 Dinar Emas x RM718(harga pada hari ini 21 May 2011) = RM3590.
Wahhh! Ternganga mulut...banyak kan? hehehe...
Kalau lah mas kahwin diberi dengan wang kertas, bagi RM22.50 andai kata lah kan,boleh ke esok pagi nilai RM22.50 tu jadi RM50? Boleh? Tak boleh punye. Tak payah nak bongak.

So, tak salah kalau guna Dinar EMAS sebagai Mas Kahwin kita kan. Tapi, depends on you all punya bakal suami la kan. Jangan korang minta pulak kat future husband korang. Sebaik - baik sebuah pernikahan, biarlah serendah - rendah (berpada - pada) mas kahwin dan seikhlas - ikhlas hati si suami dan tidak bermegah - megah. InsyaAllah perkahwinan diberkati dan diredhai.

So, this is my dream.

Mas Kahwin Ku Dinar Emas
*hehehe*
http://thecupofgold-adrian.blogspot.com

Thursday, May 19, 2011

Petua Untuk Bertahan Lama ♥

Hep! Hep! Ketepi sikit...sesak I.
Owhhh...sibukje mata korang tu nak baca Petua I ni ye.
Yela,yela...jangan senyum dulu.
Petua ni sesuai untuk golongan yang dah berkahwin maupun yang masih 'single mingle'.

Huhuhu...suke ye? Pantang betul korang ye,bila nak tau petua - petua begini ye.

Ok la,ok la...I bagi U all tau jugak segalanya untuk 'BERTAHAN LAMA'!


KELAPA PARUT



Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.

Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.

Gunakan sebelah pada 31 December 2011. Dan sebelah lagi
pada 1 January 2012. Wah…tahan sampai 2 tahun kan ?




NASI/LAUK




Biar tahan lebih lama,

Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.

Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.



BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS


Kalau untuk lebih ‘tahan lama’,
Bayar ler zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa…




PAKAIAN
.
Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat. Elak guna washing machine.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lebih lama lagi PINJAMLAH BAJU MEMBER...tapi...BAJU SENDIRI SIMPAN.



KERETA


Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. Tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi habuk masuk. Jangan bagi wap air masuk.
Bayar loan bulan2 sampai lah habis loan korang. Gerenti tahan lama.



KENYANG



Kalau nak tahan lama,

Sebelum makan – baca bismillallah dan doa

Akhir makan – doa dan ucap alhamdullillah.
Kalau tak jugak kenyang, lapar je memanjang, Jin la tu...hehehe



UMUR


Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! 
(bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).





ROKOK

Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah… …!!!!, Letak je atas meja dan pandang saja lah.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang…sendiri mau ingat
hahahaa….



TIDUR


Nak tahan lama tak tidur malam,
Rajin-rajinlah tidur siang.





HUBUNGAN



Bertahan lama dalam persahabatan/ percintaan,

Jujur dan ikhlas je!!!!


Last word:


SELAMAT BERTAHAN LAMA…….

sentiasa terbuka dan rasional




Tuesday, May 17, 2011

HoneyMoon Untuk Kali ke...Anak Ke - 2 ! MunGkiN ! Hik Hik!

Hua! Hua!....Nak Ikuuuuut! (tetibe je...dah la lama menyepi ber-belog) My kakak...meninggal...kan ku di Malaysia.
Beliau telah pergi...ke Phuket! Huahuahua...

Syoknye! Tengok gambar die kat sana. Best Woo! Memang terangsang lah hati ni nak pergi sana! Akak...kite gie sana akhir tahun ni ye kak! Leh la kak...ye!

Memandangkan akak telah meng-upload gambar-gambar beliau di sana. Maka, aku pun telah meng-set kan dalam otak aku ni,untuk pergi ke Phuket sebagai

HONEYMOON WITH MY HUBBY for...after we've got  a 2nd child!
hehehe
(opps! walaupun sekarang Aku belum kahwin lagi ye.Eh! Perlu ke mention?hehehe)

Walauapepun, perancangan mesti ada. Apepun,mesti nak pergi sini jugak. Best wooo...wa cakap lu!

Meh! Aku tunjuk kan gambar - gambar @ Phuket yang cantik ke Deboom ni!
Mesti korang pun terliur meleleh -leleh la air liur tu nak pergi sini...(ala...tak kisah lah...korang nak pergi dgn Hubby korang ke...maupun dgn kengkawan korang kan)

Meh! Cuci Mata U all!


Villa JW Marriott
(tempat yang best untuk kita menginap...tidur ye)


Bedroom & Bathroom Spacious
(memang Best Giler Toilet bilik ni...I Likkeeee! )


Balcony ( Tempat Lepak...bersama suami...cehwahhh! )





@ The Beach of Phuket


Akak @ NorthPool





Kids Pool
(untuk kanak - kanak ye...tapi,I like this one! ada kur-kur...hehe)


NorthPool




@ The Patong Beach


Bed @ The Eternity



@ The Eternity
(night view)


@ WestPool


(Yang ni memang Cantik...hehehe)

 Maka kami, dengan ini merancang untuk pergi akhir tahun 2011. Aminnn...harap - harap nye tak ada aral melintang...
Hep! bukan dengan hubby...tapi dengan Gang Sepapat ni..


"Selamat Bercuti "
Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio