Sunday, August 7, 2011

Cerita Tentang....Jodoh....Aku Semakin Yakin ♥

Jodoh...???

Bila cerita tentang JODOH...semua pasti pernah mengalami tentang mencari jodoh. Ye la, maksudnya mencari pasangan hidup, teman hidup sepanjang umur.
Fuh!!! Lebih - lebih lagi pada mereka yang berumur lebih kurang aku ni kan, pasti ramai yang bertanya siapa colan-colan yang menjadi pasangan hidup. Alah...tak kira lah siapa pun pasti akan bertanya, baik mak bapak sendiri, makcik - makcik, pakcik - pakcik, jiran tetangga pun turut menyibuk, kawan - kawan mak bapak, kawan - kawan adik beradik, belum masuk kawan - kawan sendiri lagi tu. Kawan - kawan dah tentu kawan - kawan dari zaman tadika sampai lah dah kerja...semuanya bertanya. " Dah ada yang punya belum?" "Dah ada pakwe belum...?", Bila jawab dah ada...di tanya pulak," Bila nak langsung majlis?", " Bila nak kahwinnya ni...dah tunang belum?". Banyak pulak soal nya...bila dah kawin pulak, ditanya juga lagi," Bila nak ada anak ni?"...ishhh...payahkan wartawan sana sini. Bak kata ustaz ceramah agama yang aku dengar tempoh hari( entah bila tak ingatlah), kasihan nya hidup seorang perempuan ni, ini lah dia, dari sebelum kahwin sampai lah dah kawin, asyik diambil tahu orang je hidupnya. Hmm...perempuan....

Balik kita pada cerita asal( jauh - jauh aku melalut apesal kan...), aku nak kongsi pendapat aku bila aku tengok satu filem Indonesia. Yang mana filem ni dah lama dah ditayangkan, tapi aku je yang baru nak tengok. Tapi bila tengok, sampai 2 season lah aku habiskan tengok. Filem ni memang best sebab banyak ilmu pengetahuan yang kita dapat. Filemnya adalah...

Ketika Cinta Bertasbih




Dalam filem ni, banyak bersandarkan kepada ajaran agama Islam. Memang best. Kehidupan manusia seharusnya, berdasarkan hukum - hukum Allah yang menyenangkan hambaNya sendiri. Filem ni berkisarkan tentang jodoh semua kerja Allah swt. Memang benar segalanya tersurat di Luh Mahfuz tentang takdirnya hidup kita, mati kita, rezeki kita dan juga jodoh kita. Tapi, tanpa kita usaha Allah tidak akan mengubah hidup seseorang manusia itu.

( Abdullah Khoirul Azzam(ditengah), Anna Althafunnisa (dikanan,bertudung Pink),Furqan(dihujung kanan, bekas suami Anna Althafunnisa & sahabat Abdullah Khoirul Azzam,Eliana Pramesty Alam( dikiri, free hair, pelakon terkenal di Indonesia dan juga pemilik hotel di Kairo), Ayatul Husna ( dihujung kiri, adik kedua Abdullah Khoirul Azzam))

Dalam filem ni, mengisahkan tentang jodoh antara Abdullah Khoirul Azzam dan juga Anna Althafunnisa yang mana mereka hanya bercinta dari jauh tanpa mengenal antara satu sama lain. Abdullah Khaoirul Azzam hanya mendengar firasat hati bahawa Anna Althafunnisa adalah calon yang terbaik untuk beliau jadikan isteri setelah dia mendengar nama indah itu dari mulut Pak Alam, salah seorang pekerja pelakon terkenal. Abdullah Khoirul Azzam tidak pernah melihat akan wajah Anna Althafunnisa apatah lagi mengenal diri beliau. Hanya kerana percaya, firasat hati cintanya datang dari Allah swt bukan dari nafsu. Beliau datang melamar Anna Althafunnisa ke rumah pakcik gadis indah itu. Namun, lamarannya ditolak pakcik Anna atas sebab gadis tersebut telahpun dilamar sahabatnya sendiri dan selain itu ditolak kerana pelajarannya tidak setinggi Anna Althafunnisa yang kini mengambil Master serta dikatanya Abdullah Khoirul Azzam belajar tidak bersungguh kerana menjual tempe dan bakso sambil belajar.Walaupun kedua - duanya belajar di tempat yang sama, di Universiti Al - Azhar, Kairo mereka tidak pernah bertemu. Abdullah Khoirul Azzam berasa sedih atas keputusan itu, lalu dibawa hati kesedihan itu menhadap Ilahi dengan membaca Al - Quran, mencari kedamaian dan ketenangan hati, Dia percaya akan Qada' dan Qadar Allah swt. Di hatinya memang Anna Althafunnisa, tapi dia bertawakal dan berserah, hanya doa usahanya.

Pada saat ini aku tengok, aku rasa terharu dan berfikir, wujudkah lelaki sebegini pada zaman serba moden kini. Aku lihat pada masa sekarang, semakin berkurangan pemuda - pemuda pergi ke masjid mendirikan solat berjemaah. Lebih - lebih lagi di bulan Ramadhan ni, bila solat terawikh di rakaat ke lapan sahaja mereka wujud, kemudian hilang entah ke mana. Apatah lagi solat yang wajib. Wujudkah lelaki sebegini seperti di dalam Filem Ketika Cinta Bertasbih. Ada sesetengah lelaki ( bukan setengah lelaki tau, setengah lelaki tu, maakkkkk), bila lamaran ditolak, mulalah dia marah. Terus mencuka, hilang semua persahabatan sebelum ni. Ada yang lebih teruk lagi, dimaki hamun pulak. Terus bermusuh tak bertegur sapa. Ada juga yang nak berlawan berlumba, menunjukkan dia boleh dapat lebih baik dan bangga diri. Hmm...manusia, manusia...dikau lupa akan ketentuan Allah yang Maha Cinta dan Agung.

Ada ilmu yang kita akan belajar dan baru kita tahu tentang ilmu itu setelah kita menonton filem ini. Antaranya, 

* Pernikahan yang hanya menyakitkan hati pasangan nya, Haram hukumnya. Maksudnya, jika niat bernikah hanya untuk menyakiti hati pasangannya Haram hukumnya.

* Mendahulukan orang lain tanpa memikirkan diri sendiri, Makruh hukumnya. Kerana Allah meminta kita mendahulukan diri kita sendiri barulah kita mendahulukan orang lain. Seperti kataNya, cintai lah saudara yang lain sebagaimana engkau mencintai diri mu sendiri. Itukan bermaksud kita cintai diri kita sendiri barulah kita mencintai yang lain.

* Suami dibenarkan berkahwin lagi satu apabila benar isteri pertama sakit yang bertahun dan tidak mampu lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri seperti yang disyariatkan Rasullullah saw.

* Memilih pasangan hidup bagai menetukan masa depan kita dan juga AKHIRAT kita. Maka, janganlah kita fikir hanya untuk masa depan sahaja, tetapi fikirlah juga Akhirat kita kerana suami lah pembimbing, pemimpin dan pendidik kita menjadi isteri dan anak yang solehah. Kerana, kebiasaanya kita hanya memikirkan calon yang menjamin maa depan kita tanpa memikirkan Akhirat.

* Memilih pasangan hidup, Agama yang diutamakan. Itu memang penting, sepenting - pentingnya dalam hidup. Memang rupa paras dan harta juga penting, tapi penting lagi Agama. Tanpa Agama, hilang ketenangan hidup, hilang arah di dunia dan apatah lagi di Akhirat.

Kalau diikutkan, banyak lagi ilmu yang boleh kita kupas dari filem ini. Filem ini hasil nukilan idea dari novel terlaris di Indonesia. Sama - samalah kita menonton filem ni, kalau nak tahu lebih lanjut cerita tentang jodoh Ketentuan Allah swt.

Bila Allah kata jadi, maka jadilah ia. Bila Allah kata,Kun fayakun, tiada siapa dapat menentang. Hanya Allah yang lebih mengetahui tentang terbaiknya buat setiap manusia itu, tanpa izinNya semuanya tak kan terjadi.


0 comments :

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio