Sunday, June 23, 2013

Selepas Sangat Penting!

PERSEDIAAN SELEPAS BERSALIN SANGAT PENTING YE !

Salam semua Followers dan semua pembaca - pembaca blog dan pencari info di Google...

Tips atau info yang bakal disampaikan adalah berkenaan persediaan selepas bersalin...huhu...ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri ye.

Setelah hampir 10 bulan saya menyepi di blog ini adalah kerana kes pemabukan dan pembawakan agaknya semasa pregnant,hehe...benci nak tengok atau nak serve internet saat tu...tu yang tak baca atau cari apa - apa info selepas bersalin. Persediaan untuk bersalin pun tanya akak-akak,makcik-makcik,kawan-kawan,mama dan mak mertua...tu je. Nak cari dari poket Google tersangatlah malasnya... Tempoh zon mabuk je da makan 4bulan...untungla bagi mereka yang tak pernah alami zon mabuk,sangat best menikmati apa saja. Tapi ada jugak yang bersuara, tak rasa mabuk tak best,salah satu sebabnya kurang sikit perhatian dari suami untuk jadi permaisuri saat tu...huhu...macam-macam...Tak mengapalah ye, masing-masing punya rezeki. Huh...pendekkan cerita, sepanjang tempoh mabuk tu saya tak bersolek langsung. Pakai bedak je,pastu sarung tudung. Dah siap, jalan lah pergi kerja. Tapi...habis je mabuk,hah...melaram lah I...paling suka berfesyen dengan tudung.




Ada macam - macam gaya tudung la. Malas nak upload, bukan bergaya sangat pun,hehehe...

Saat yang ditunggu pun tiba, dua minggu awal dari tarikh EDD insan yang dinanti pun keluar lah dari rahim ni. Kalau nak cerita kisah bersalin awal ni plak, panjang lebar kang entry ni. Moh, den tnjuk insan kecil ni...





Hah,lepas je zon kesakitan bersalin,maka kena lah lalui tempoh bepantang plak. Alhamdulillah masa ni da beli da se lepas bersalin, tapi rupanya banyak lagi persediaan untk berpantang tak siapkan lagi.

Persediaan Berpantang.


1. Set bersalin. (Rempah2 yang nak di sapu pada badan tu) - anda boleh lah guna Mustika Ratu ke, Nona ROguy ke dll...yang mana anda yakini. 

2. Set bengkung - beli lah dua set, biar senang nanti kotor satu boleh basuh dan ada lagi spare kan. ( bengkung mesti pakai setiap hari ye, jangan malas. Baik untk jaga rahim anda jangan jatuh. Bahaya untuk anda sebagai seorang wanita, ibu dan isteri)

3. Tempat bertungku. Ini pun penting ye. Tapi, nak bertungku tunggu la bila luka dan jahitan di 'bawah' tu dah baik dan kering. Sebab, kalau belum baik anda dah bertungku, jahitan kat 'bawah' tu terbuka semula. Sanggup nak kena jahit lagi sekali? hehe...

4. Ikan haruan. Pastikan dah servey dah tempat nak beli ikan haruan kat mana untuk berpantang esok. Ikan haruan adalah bagus untuk mempercepatkan sembuh luka dalaman dan luaran. Ada jugak yang kata makan belut pun boleh. Makan lah, asalkan luka baik.

5. Jamu. Hah, ni pun jangan lupa. Kalau anda masih ada lagi nenek yang pandai buat jamu ataupun orang kampung yang jual jamu untuk orang lepas bersalin, jangan lupa beli dan makan. Tapi makanlah atau minumlah jamu bila baby anda dah tak ada kuning lagi ye. Saya beli jamu Mak Dara je. Pun boleh.

6. Maternity pad dan Panties Disposable- ini sangat diperlukan sangat banyak untuk masa berpantang. Pakailah panties disposable masa berpantang ni, sebab menyenangkan anda terus buang je. Siapa nak basuh kan? Paham-pahamje la. Saat ni, anda dan suami sangat sibuk menjaga baby anda dari pagi hingga lah pagi esoknya. Faham, kan? Hehehe....

7. Kain batik dan t-shirt besar - Ini juga sangat memerlukan. Mesti ada banyak helai. Sebab, pakaian ni je yang sesuai untuk dalam berpantang, yang selesa dan selamat. Perempuan, banyak yang nak kena jaga. Kalau mak-mak anda atau orang tua bagi petua dan pesan, tolonglah jangan merendah-rendahkan atau memperlekehkan walaupun kehidupan kita sekarang maju dan penuh saintis. Sebab mereka lalui dulu kehidupan ni sebelum kita, sebelum ada alat-alat canggih lagi masa nak bersalin. 

8. Stokin dan baju sejuk- Pakai lah ni sentiasa ye. Untuk mengelakkan kita sakit tulang sebenanrnya. Maklumlah, bila kita dah bersalin, banyak urat dah putus. Bukan setakat tu je, tulang belulang kita ni semua dah lari dari alignment, hehehe...

9. Tukang urut - Hah, yang ni anda semua kena servey sebelum bersalin lagi. Kena cari siapakah orang yang boleh mengurut anda selepas bersalin. Urutan selepas bersalin amat penting ye, untuk seminggu pertama selepas bersalin dan tiga hari terakhir tempoh berpantang. ( Berpantang dalam tempoh 44 hari kan, so hari ke 42,43 dan 44 tu mesti berurut lagi). Ini bukan setakat nak betulkan alignment tulang punggung kita yang dah kembang, tapi betulkan semula urat dan paling penting rahim kita yang dah kembang dan kendur akibat mengandung. Badan kita akan rasa ringan dan sedap bila berurut. Amalkan.

10. PREMIUM BEAUTIFUL- hah, yang ni, den tambah jo...hehehe...yang ni, kalau anda nak pakai, lepas habis baik luka tu ye. Sangat bagus, lebih-lebih lagi bagi mengeluarkan sisa-sisa dan baki-baki darah beku di dalam rahim anda. Maka, jika semua darah ni dah keluar dari rahim, bukan setakat mengecutkan rahim anda bahkan perut anda juga kempis dan langsing gitu. Meh, promote sikit.


Promosi raya datang lagi..
Harga Kali ini Harga Benar-benar Runtuh!!!

Harga Biasa saiz biasa RM2400
Harga biasa saiz Besar RM2600

Kali Ini Semuanya Dengan 1 harga 
RM800!!!

Ya hanya RM800 sahaja!!

Penghantaran:
RM9 (SM)
RM15 (SS)

SEMENTARA STOK MASIH ADA!!!!

CALL/PM/SMS/WHATAPPS Me @
013-6443690

Anda boleh lihat lebih lanjut di http://mybizzonline2u.blogspot.com

Okay, setakat ni sajalah kot persediaan untuk berpantang. Kalau ada yang tertinggal, anda tambah je la sendiri ye. Setiap orang ada cara tersendiri untuk berpantang ni. Apa yang tertera di atas adalah cara saya berpantang yang diamalkan ibu dan nenek saya. Okay, next entry, saya akan buka topik PETUA DAN PESANAN MASA BERPANTANG. 

See you next entry...






Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio