Saturday, December 3, 2011

BARBIE DOLL. Kalau betul - betul wujud macam mana? Huh! Cantiknya!

Huh! Pantang nampak perempuan cantik. Dahi luas. Pipi licin bak kulit telur (Apa daa...kulit telur jadi perbandingan). Huh! Bahagia nya melihat ciptaan Allah....cantik sungguh. Alangkan aku yang perempuan ni pun terasa kagum, kaget, kaku melihatnya. Apetah lagi lelaki kan? kan? ye tak? Ok. Soalan ni tak kan aku tanya pada ehem ehem aku. Kang aku jugak yang jeles tahap dewa naga. Naga pun tak jeles macam aku.


Berbalik pada cerita asal. Asalnya, aku saja lah melilau - lilau dalam YouTube tu, tengok tutorial shawls yang pelbagai gaya dipakai trend terkini tu. Tup - tup, ada tutorial make up Doll Eyes. Apa lagi, kononnya nak belajar make up pulak.( Belajar pakai shawl pun tak habis lagi, sibuk belajar make up). Yela, tak pandai sangat nak make up bagai ni. Aku setakat pakai lip balm, lipstik, lip liner and pack powder tu pandai la. Lain - lain fail aku ni. Rasa rimas. Tapi teringin jugak nak ambil tahu dan belajar. Tiba - tiba...jeng jeng jeng... aku tertengok lah video ni...



Dia memang macam kartun anime tu. Cantik sangat. Aku pun terpukau sekejap tengok dia. Real ke tak dia ni? Tapi memang real lah.


Tengok ni pulak...






Hmm...cantik sungguh ciptaan Allah kan. 


huhu...bye.

Sunday, November 13, 2011

Pilihan Pelbagai Lauk Harian ~ Gara - gara pening (@_@)

Haiii...Selamat Bercuti Sekolah !!! Eceh ceh ceh ceh...belum lagi cuti, dah sibuk Selamat Bercuti Sekolah...hehehe...maklumlah...EXCITED!!!


Cerita pasal cuti, aku menjadi surirumahtangga tahun ni ( bukan bermaksud dah kahwin ye...) sempena cuti sekolah lah kan. Maklumlah,cuti tahun ni memang benar - benar cuti ya buk...(apasal nak jadi suara orang gaji Indon ni). Maka, dengan itu, aku selalu lah terpinga - pinga nak masak apa setiap hari.






Malam hari sebelum tidur dah pikir nak masak apa untuk sarapan. Bila dah lepas makan untuk sarapan, dah mula pikir untuk masak tengah hari. Baru siap masak tengahari, dah mula pikir nak masak minum petang apa. Makanan tengahhari pun tak habis hadam lagi dah pikir nak masak makan malam apa. Hidupnya di dapur je kejenya, masak, masak, masak...(tu yang orang lelaki selalu kata perempuan belajar tinggi melangit pun tetap ke dapur jugak! Cettt! at least ada sijil nak ke dapur tu kan...)


Oleh kerana hari - hari ku pening memikirkan masak apa...sampai kecelaruan. Aku pun senaraikan jenama - jenama Lauk Berkualiti...hehehehe...meh, kita share ye tuan puan abang kakak adik....




AYAM
* Ayam Goreng Biasa ( letak serbuk kunyit  * Ayam Goreng Berempah * Ayam Goreng KFC  * Ayam Masak Merah * Ayam Masak Kari * Ayam Masak Kurma' * Ayam Masak Lemak     * Ayam Masak Lemak Cili Api * Ayam Masak Kicap * Ayam Goreng Masak Sambal * Ayam Sweet Sour * Ayam Asam Pedas * Ayam Paprik * Ayam Masak Kunyit * Tomyam Ayam * Sup Ayam ....( ada lagi ke lauk yang tertinggal? Sila tambah di komen ye...)

DAGING 
* Daging Goreng Satay * Daging Masak Lemak * Daging Masak Kari * Daging Masak Kicap * Daging Masak Asam Pedas * Daging Masak Kurma' * Daging Masak Merah * Daging Goreng Bersambal * Daging Paprik * Tomyam Daging * Sup Daging...( Ada lagi tak daging leh masak apa? Tambah di komen ye...)

IKAN 
* Ikan Goreng Biasa * Ikan Goreng Berlada * Ikan Masak Sambal * Ikan Masak Kari * Ikan Masak Asam Pedas * Ikan Masak Lemak * Ikan Masak Lemak Cili Api * Ikan Masak Lemak Tempoyak * Ikan Masak Singgang * Ikan Pacri * Ikan Bakar * Ikan Sweet Sour * Ikan Steam * Ikan Masak Asam Rebus * Ikan Masak Kicap * Sup Ikan...( Ada ke lagi? Ikan leh masak apa lagi ? Sila tambah di komen ye...)

SAYUR 
* Sayur Goreng * Sayur Masak Tumis Air * Sayur Rebus * Sup Sayur * Tomyam Sayur * Sayur Goreng Belacan * Sayur Goreng Ikan Masin * Sayur Asam Rebus * Sayur Goreng Bercendewan * Sayur Goreng Sos Tiram ...( sayur leh di masak apa lagi ? Tolong tambahkan dan share kan idea ye...kengkawan...)
Huh...peluh - peluh masak lauk pelbagai jenama ni...Hmm...ada apa - apa lagi tak lauk pelbagai ? Ohh...ada...sikit - sikit... Meh tengok lagi...

SEAFOOD 
* Udang Goreng Tepung * Udang Goreng Mentega * Udang Sweet Sour * Sambal Udang * Udang Goreng Kunyit * Udang Masak Kari * Tomyam Udang * Udang Masak Lemak * Udang Masak Lemak Cili Api * Udang Masak Lemak Tempoyak * Sotong Goreng Kunyit * Sotong Masak Hitam * Sotong Goreng Tepung * Sambal Sotong * Ketam Masak Lemak * Ketam Masak Lemak Cili Api * Ketam Goreng * Ketam Goreng Bersambal * Siput Sedut Masak Lemak Cili Api * Lalah Goreng * Lalah Goreng Bersambal * Kupang Rebus * Kupang Masak Sambal * Kerang Rebus * Kerang Masak Sambal * Kerang Bakar...(apa lagi seafood yang leh dimakan dan dimasak ? Tolong tambahkan lagi ye...)
Hah...apa lagi ye lauk yang boleh di masak? Ohh...lupa pulak...amacam dengan makanan sarapan dan minum petang? huhu...meh...kita senaraikan ...

SARAPAN/ MINUM PETANG / MAKANAN SELAIN NASI
* Nasi Lemak * Nasi Goreng Biasa * Nasi Goreng Kampung * Nasi Goreng Cina * Soto Ayam/Daging * Cekodok Pisang * Cekodok Ikan Bilis * Jemput - jemput Susu * Jemput - jemput Udang Geragau * Cekodok Kentang * Cekodok Sayur * Roti Canai ( tapi tak mungkin lah korang nak mencanai kat rumah kan. Baik beli kat warung...huhu) * Pisang Goreng * Lempeng Kelapa * Lempeng Kosong * Ubi Rebus * Keledek Rebus * Keledek Goreng * Keladi Goreng * Roti Celup Telur * Sandwich ( Sandwich Sardin/ Sandwich Telur / Sandwich Pisang coklat ) * Mee Goreng * Mee Goreng Basah * Bihun Goreng * Bihun Goreng Singapore  * Bihun Sup / Mee Sup * Mee Hailam / Bihun Hailam * Bihun Tomyam / Mee Tomyam * Mee Rebus * Laksa Johor * Laksa Penang....(Apa lagi ye...? Tambah lah lagi...)  
Okayyy...dah peluh basah dah senaraikan makanan...huhu...belum masak lagi...(propa je lebih...hehehe)...okay lah...sampai sini saja Cheff Ain nak mengomel. Apa - apa lagi tambahan...sila lah tambah ye.,...jangan malu, jangan segan nak tambah lauk ke, nasi ke, makanan ke...ye...sila, sila...

Bye!

**Mak bapak dah kebulur tunggu aku masak...huhu

Monday, August 22, 2011

Doodle...Is Mine ♥ ( Bahaya Copy Cat..meowww!)

Malam ni entah kenapa aku rasa macam takde mood semacam dua. Eh, bukan malam ni, tapi daripada siang tadi lah. Habis semua budak aku yang buat salah aku marah, senang kata tak boleh salah sikit lah. Selalunya, aku boleh tolerate lagi or aku paling baik pun aku membebel lahkan. Tapi hari ni, tak boleh kawal emosi aku. Hmm...nape yerk??? (Buat-buat tanye...hikhikhik)

Oleh kerana aku nak gembirakan hati selain membaca Al-Quran menenangkan hati, aku online dengan niat membaca informasi-informasi terkini. Ceh! Tapi, cek belog sendiri dulu siapa pelawat-pelawat aku kan. Aku pun, buka lah setiap belog yang datang melawat aku hari ni. Bak kata orang tua, orang mengunjung kita pun mengunjunglah kan. Buka punya buka, dari satu belog ke satu belog, tiba-tiba...ada satu belog ni mewarwarkan bahawa terdapat senarai belog - belog yang copy cat hasil art orang lain! Ape? What? OMG! Aku barulah tahu, dengan mengambil art orang lain then letak kat belog kita adalah di LARANG sama sekali. Menjadi kemarahan Tuan Punya Belog nyaahhh!!! OMG! Taubat,taubat...dalam belog tu memang senaraikan lah berapa banyak punya listname belog yang copycat ni,dan kebanyakkan belog -belog itu adalah orang Melayu. Mak Aiii!!! Jangan tiba - tiba sekarang korang nak ngaku korang orang Jawa lah, Bugis lah, Banjarlah, Indon lah ye...huhuhu...

Klik Oodles and Oodles of Doodles Little Nubnubs untuk cek korang punya belog ada tak dalam list copycat tuh! ( Mana yang ada belog lah ye...)

Aku pun cek lah, ada tak belog aku termasuk dalam listname tu? Ohhh...selamat. Lega hati aku, takde. Selamat. Aku dah tak amik art-art Cartoon orang lain. Aku berusaha jugak membuat art Doodle sendiri by my own self. Cehwah!

Nak tengok hasil tangan aku? Jeng jeng jeng...


Cantik tak? Comel tak? Cepat cakap Comel ke Cantik? hehehe...main paksa -paksa plak ye...Ye la, yela, aku tahu korang puji dalam hatikan. Anyway, ni lah hasil kerja aku yang sudahpun menghilangkan segala rasa negatif dalam hati. Penyakit pompuan aku ni.

Okay lah. Bye.

Assalamualaikum...


Sunday, August 21, 2011

Petua MemPerBanyakkan Air Susu Ibu (Breast Feeding)♥

Cehwah! Tajuk entry petua kali ni gaya macam aku dah kahwin beranak - pinak pulak ye.Hahaha...Tak pa la kan, apa salahya kita berkongsi ilmu untuk sejagat manusia. 

Petua ni untuk para - para ibu mengandung dan ibu yang baru sahaja selamat bersalin ye. TAHNIAH diucapkan kepada ibu - ibu yang telah selamat melahirkan Baby-baby tercomel dan tercantik. Tahniah ye !

Hari ni Cik Secret Recipe nak kongsi petua Memperbanyakkan Air Susu Ibu untuk Breast Feeding ya. (Segar dari Ladang...)

Setelah aku menjadi mak bidan ataupun tukang urut ibu bersalin kepada adik ipar aku, maka aku pun dapatlah macam - macam ilmu untuk ibu - ibu mengandung dan bersalin ni.

Okay, straight to the point. Petua yang korang semua boleh amalkan untuk banyakkan Air Susu Ibu ya adalah :

1. Ni yang pertama sekali, ibu - ibu kena buat, iaitu minum air Cekur + Madu. Tahu tak cekur tu apa? Macam ni rupa cekur.
  Apa yang perlu dibuat adalah, ambil sedikit cekur, dibersihkan, dikupas lalu ditumbuk halus. Kemudian ambil 1 sudu madu, campurkan kedua-duanya di dalam gelas. Curahkan air, lalu diminum ye ibu-ibu.
2. Ibu - ibu yang baru lepas bersalin masih dalam pantang lagi kan? Maka, ibu - ibu haruslah memakan sayur Lobak Putih. Jangan dimasak, tapi dibuat ulam ya. Sedap,sebab ia rangup bila dimakan.

3. Ibu - ibu juga boleh tambahkan sayur lain kalau dah bosan makan sayur Lobak Putih kan. Makanlah sayur pucuk betik. Jangan makan mentah - mentah kalau tak tahan pahitnya, tapi dicelur ya. Sedap jugak.

 InsyaAllah, semuanya atas Izin Allah swt, air susu ibu akan lebih banyak untuk bayi-bayi comel anda semua. Ibu mana yang tak nak menyusukan anaknya, betul tak?


p/s PERINGATAN: Bagi ibu-ibu yang BERJAYA menyusukan anak sehingga berumur 6 bulan - 2 tahun, Tahniah ya. Tetapi, jangan pula menghina, mengata kepada ibu-ibu yang tidak dapat menyusukan anak mereka lebih lama. Memang dah ditakdirkan Allah swt, ia kekurangan dari segi itu. Cukuplah anaknya dapat juga setitik dua mungkin tak selama yang anda berikan pada anak anda. Beringatlah, baiknya anak kita bukan dari banyaknya susu yang anda beri tapi dari banyaknya didikan ilmu agama yang anda beri. (Tetiba teringat kes kawan aku yang dikutuk tak pasal-pasal sebab hal ni dan teringat kes ibu yang menjaga kecantikkan lebih penting dari susuan anak)




Saturday, August 20, 2011

Sempena Menjelang Hari Raya ♥

Raya??? Sibuk nak fikir raya, puasa tak habis lagi, puasa pun tak cukup...opps! Hehehe...
Sempena menjelang hari raya bakal tiba tak lama lagi. Maka, pihak admin secretrecipehoney.blogspot.com, mengucapkan Selamat Hari Raya dengan gaya baru di blog. Cehwah! Tak de maknanya gaya baru, just tukar header je...ceh, ceh,ceh...

Ok laa...Selamat Berpuasa, Selamat Berbuka Puasa dan...Selamat Hari Raya Aidilfitri...



Okay, Bye!

Wednesday, August 17, 2011

Migraine~Kelemumur~ ???

Hari ni, kita tak nak borak panjang, ceh wah...straight to the point, Tajuk asas kita adalah migrain. Ini semua gara - gara aku sakit kepala memikirkan masalah dunia aku. Hmm...



Okay, kalau korang semua nak tahu, salah satu punca rambut kite berkelemumur, adalah kerana kita ada migrain. Migrain boleh menyebabkan kepala kite berkelemumur. Ini salah satu punca kelemumur lah, selain daripada salah penggunaa syampoo, kulit kepala terlebih minyak hingga mungkin boleh jadi Petronas mahupun Shell, atau mungkin jangkitan kulit kepala dari orang lain yang berkelemumur.



So, apa sekali pun punca datangnya kelemumur di atas kepala kita, ubatnya senang je. Dari petua orang tua - tua dulu lagi. Iaitu, LIMAU NIPIS. Tahu limau nipis? tahu? Ni dia rupa limau nipis...



So, cara - cara penggunaanya adalah, 

1. Korang ambil sebiji limau nipis, dan gelek-gelekkan dia menggunakan tapak tangan korang sambil ditekan dan digelek. Ini adalah bagi menyenangkan kita semasa kita memerah airnya.

2. Kemudian, kita belah dua je lah. Cukup 1 biji untuk 1 kepala.

3. Setelah itu, ambil separuh biji limau nipis tu di ambil, lalu dilumurkan ke atas kepala dan ditenyeh - tenyeh kat kulit kepala kita. Apa orang putih kata, scalp. Hmm, macam tu lah bunyi nya...

4. Buat hingga habis buah limau nipis tu, sapu menyeluruh satu kepala korang.

Habis dah, selesai therapy rambut malam ni. Ala, wangi punya rambut korang tu bau limau nipis, sedap baunya. Senangkan, tak payah lah nak berhabis duit pergi 101 hair care ke, Yunnam ke, Bawang ke...hehehe...

Selamat Mencuba. Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Bye. Wassalam...

Monday, August 15, 2011

California King Bed





"California King Bed"

Chest to chest
Nose to nose
Palm to palm
We were always just that close
Wrist to wrist
Toe to toe
Lips that felt just like the inside of a rose
So, how come when I reach out my finger
It feels like more than distance between us

In this California king bed
We're ten thousand miles apart
I've been California wishing on these stars
For your heart for me
My California king

Eye to eye
Cheek to cheek
Side by side
You were sleeping next to me
Arm in arm
Dusk to dawn
With the curtains drawn
And a little last night on these sheets
So, how come when I reach out my fingers
It seems like more than distance between us

In this California king bed

We're ten thousand miles apart
I've been California wishing on these stars
For your heart for me
My California king

Just when I felt like giving up on us
You turned around and gave me one last touch
That made everything feel better
And even then my eyes got wetter
So confused wanna ask you if you love me
But I don't wanna seem so weak
Maybe I've been California dreaming

In this California king bed
We're ten thousand miles apart
I've been California wishing on these stars
For your heart for me
My California king
My California King

In this California king bed
We're ten thousand miles apart
I've been California wishing on these stars
For your heart for me
My California king 


Sunday, August 14, 2011

Ertinya Redha...

Sebenarnya, bukan senang untuk kita melepaskan sesuatu dengan tenang, bukan senang untuk kita terima sesuatu dengan tenang, bukan senang untuk kita terima apa yang bertentangan dengan kita, bukan senang, bukan mudah....

Kalau orang menyuruh kita redha sahaja lah dengan apa yang berlaku, bukan masa tu jugak kita boleh terima dan redha. Redha ni, suatu perasaan yang kita rasakan seikhlas hati kita menerimanya. Seikhlas hati. Keikhlasan hati bukan boleh dinilai dimata kasar manusia, bukan senang untuk kita tafsirkan dari kata - kata lidah kita. Keilkhlasan ni, umpama kita membuang air besar, umpama kita beristinjak. Sepenuh hati kita melepaskannya, tanpa ada rasa sedikit pun untuk kita menyimpannya lagi. Betul kan? Ada ke sesiapa yang nak simpan sikit dalam perut masing-masing? ada? Hmm...jawab sendiri....

Macam tu jugaklah keikhlasan. Ikhlas meredhai sesuatu. Ishh...bukan senang. Bila kita bersedia, diberi kekuatan untuk terima segalanya, baru datang nya redha dan ikhlas. Tapi perlu kita ingat, segalanya datang dari izin Allah swt jua. Tanpa izin Nya, kita juga tak dapat redha akan sesuatu, tanpa izin Nya jua kita juga tak kan diberi kekuatan. Pokok asalnya, datang dari Allah swt.

Hari ni, aku betul - betul terima apa sahaja takdir yang diberi Allah swt, aku betul - betul redha akan sesuatu, aku terima segalanya dengan tenang. Tanpa rasa marah mahupun berkecil hati apatah lagi memberontak. Namun, aku hanya manusia biasa dan bukannya tuhan mahupun malaikat. Aku punya hati perasaan. Perasaan sedih itu tidak hilang, tetap hadir walaupun dengan setitis air mata. Cuma, syukur alhamdulillah, aku diberi pinjam kekuatanNya.

Aku syukur ya Allah...sedikit demi sedikit Kau mengajar aku menjadi hamba yang baik. Aku syukur ya Allah...hari ni Engkau mengajar dan memberi aku rasa apa itu kesabaran. Aku jua syukur pada Mu ya Rabb, hari ni Engkau memberi aku rasa apa itu redha. Hari ni, aku syukur pada Mu Ya Rahman, aku tenang.

Apa pun, aku tetap tidak tinggal akan doaku pada Mu ya Allah. Aku tetap berdoa. Kerana aku yakin, teramat yakin, Engkau Maha Mengetahui apa yang TERBAIK untuk ku, apa hikmah disebaliknya. Aku yakin pada Mu jua Ya Rahman, bahawa Engkau tidak akan mengecewakan hamba Mu yang istiqamah memohon, berdoa dan meminta - minta pa Mu. Aku sentiasa yakin pada Mu ya Allah. Hanya pada Mu.

Segalanya berlaku atas izin Mu. Tidak aku menafikannya.

Aku redha...
Untukmu yang aku cinta,
Demi kebahagiaan kita,
Mungkin kan kekhilafan ku...



Coklat Kurus ♥♥♥

Meh Makan Coklat Kurus♥

Siapa kata makan coklat menggemukkan? Siapa? Angkat dua - dua tangan baru aku nampak. Owhhh...tak nak mengaku ye. Mana ada makan coklat menggemukkan, tak lah. Ia cuma mungkin menggemukkan pipi korang je. Hihihi...

Sepanjang aku berpuasa ni, aku makan coklat 1 biji 1 hari puasa. Alhamdulillah, tak naik pun berat badan aku. Makin mengeding ada la. Seluar jeans pun makin melurut, cawat seluar pun londeh, baju kurung pun membesar, jam tangan menjadi gelang tangan...apa lagi ye. Cehwah...Opsss! Bukan den nak berlagak ea...bukan. Tak baik tau, tuduh menuduh macam tu, tak baik tau terdetik hati macam tu. Ingat, kita ni manusia biasa, bukannya malaikat yang boleh baca hati manusia lain. Ingat tu. Jangan mudah berprasangka buruk. Di bulan mulia ini, muliakanlah hati anda termasuk aku sendiri.

Back to the basic. Sebenarnya, aku nak tunjukkan coklat apa coklat kurus tu. Meh, dekat sini sikit, aku tunjukkan gambarnya ye. Tunjuk kan pun jadilah, takkan aku nak belikan kot.


Angry Bird !!! My Favourite game n coklat♥




Ni coklat Baby Gurl namanya♥
(sukahati aku lah nak bagi nama apa kan...hehehe)

Mana aku dapat coklat ni? Hah...ada orang bagi, sebab aku beli dengan dia. Hehehe, kawan aku jual. 1 kotak cantik macam ni, dengan coklat fill in with Oreo, RM1.80. Ada baaaaaanyaaakkkk jenis and design coklat dia buat tau. Sedap sangat...macam - macam perisa dan inti coklat ni. You all boleh request. Nak?

Korang jenguk kat SINI ye...

Saturday, August 13, 2011

Tarikh Perkahwinan. Aku ke???

Tarikh Perkahwinan Ku???

Sejak dua menjak ni, cerita pasal kahwin je kan. Maklum lah, banyak dah aku dapat undangan majlis kahwin di bulan Syawal nanti. Apa lagi, semestinya jemputan majlis kahwin kawan - kawan aku kan. Oleh kerana aku sibuk bagitahu mama aku bahawa kawan - kawan aku akan berkahwin sekian sekian tarikhnya,apa lagi mama aku...dia pun mula lah berbahasa basi," Kau tu sibuk dengan kawan - kawan kahwin, kau tu bila nak kahwinnya?sibuk kan orang je...".Aku senyum segar je tengok muka mama aku.(Dalam hati berbunga-bunga gatal...hehehe). Maka, aku pun terfikir akan tarikh kahwin aku. (Eh, dah ada calon ke sibuk nak cari tarikh kahwin...?)

Cerita bab tarikh kahwin ni, memang aku pening sikit lah,eh pening banyaklah. Mana satu nak pilih. Biasanya, tengoklah, ramai orang akan pilih tarikh - tarikh yang cantik - cantik nombornya. Contohnya, 01.01.11 laaa, 11.10.11 laa...01.11.11 laa...11.11.11 ini dah tentu ramai nak punya. Habis tu, aku nak pilih tarikh kahwin yang mana? Dah semua orang dah kebas. Nombor 11 adalah nombor aku. Ishhh, mana boleh nombor lain. Nombor 11 my feveret number...Dah tu nak nombor mana lagi, semua orang dah ambil tarikh tu dan nak akhir tahun dah. Eleh, macam nak kahwin sangat tahun ni. huhuhu...

Untuk pengetahuan semua gadis - gadis dan jejaka - jejaka yang dah teringin sangat nak kahwin kan, tarikh perkahwinan adalah sangat penting untuk kita memilihnya. Lebih - lebih lagi tarikh pernikahan kita. Itu yang lebih penting. Kita harus mengetahui tarikh yang membawa kebaikan dalam rumahtangga kita kelak. Meh, aku share dengan anda semua tarikh - tarikh serta maksudnya mengikut dalam bulan kalendar Islam ye...

HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.
(Ni aku minta share dari salah satu blog ni,sweetfairytalestory.blogspot.com)

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.



Jadi sekarang, awak - awak semua boleh lah memilih tarikh pernikahan mahupun tarikh perkahwinan anda semua ye. 

***Aku punya tarikh kahwin? Hmm...nanti - nantilah fikir, aku pening. Lebih - lebih lagi, aku memikirkan tema warna kawan aku kahwin ni, ada ke HIJAU KEBINGUNGAN?


Friday, August 12, 2011

Perkahwinan Tanpa Restu...??? Siapa kita sebenarnya???

SOAL JODOH? RESTU?

Hmm...kenapa aku tiba - tiba nak cerita bab ni? Kenapa? Hah..tu yang kita nak cari tu,kenapa ye...sebab aku baca blog salah seorang kawan aku ni. Aku memang suka baca blog dia ni, meriah dengan warna - warni dan meriah dengan ceritera-ceritera dia taip dalam blog dia. Jarang sangat aku nak komen, tapi aku suka membacanya. Semestinya dia tahu aku membacanya, sebab setiap kali aku baca, aku akan LIKE entry dia.

Tapi kali ni, entry dia yang mungkin terpanjang ( kata dia lah kan...mungkin), aku baca dan aku terpanggil untuk mengkomen. Bukan nak komen di blog entry dia tapi aku nak komen atas blog aku sendiri. Aku rasa marah bila membaca kata - kata 'remaja' yang menghina dia. Aku pun dah baca entry budak remaja perempuan ni.(nak ke aku tunjukkan blog dia????) Memang teruk kata - kata dia.

Pernyataan yang paling aku marah, adalah dia menghina kawan aku ni tentang restu perkahwinannya. Memang lah, aku ni bukan kawan baik dia ke, kawan BFF dia ke, jauh sekali sepupu mahupun family dia. Aku cuma kawan biasa, yang pernah satu kolej bersama dan juga satu tempat kerja. Memang aku dan dia tak rapat mana, tapi hubungan kami baik tanpa masalah. Cuma yang membuatkan aku rasa aku nak komen jugak hal ni, disebabkan soal RESTU PERKAHWINAN. Aku dah muak dengar orang sana sini cerita pasal dia kahwin tanpa restu orang tua suami dia. Dah banyak kali aku dengar,tapi aku hanya diam dan senyum bila orang bercerita depan aku. Sorry Yat, terus terang aku cakap, memang ramai menceritakan nya, tapi bagi aku yang mengetahui jalan hidup sebenar hanya engkau dan suami engkau. Bukan diorang, deme - deme ni. Tapi hari ni, pagi tadi aku baca entry kau, aku dah tak boleh nak pendam dengan sikap manusia yang suka menghina atas sesuatu kejadian. Aku marah dengan budak yang tak cukup akal ni, nak menghina atas ikatan yang sah ni. Dah muak aku dengar orang cerita pasal Perkahwinan Tanpa Restu Orang Tua.

Kepada sekalian makhluk Allah swt, beringatlah kamu...atas setiap kejadian yang berlaku adalah atas Izin Allah swt. Allah berkuasa atas sesuatu hal. Yang tak mungkin terjadi boleh menjadi mungkin terjadi, Itu KUASA ALLAH swt. Ingat, KUASA ALLAH swt. Segalanya atas izinnya. Wahai manusia, bacalah Surah Yassin, ayat 82..."kun fayakun". Bila Allah kata, jadi, maka jadilah ia.

Begitu juga, perkahwinan kawan aku ni, Cik Puan Bunga. Mahupun perkahwinan Dato' Siti Nurhaliza ke, perkahwinan Akhill Hai ke, perkahwinan Norman Hakim ke....semua atas izin Allah swt. Ingatlah...

Jika engkau menghina makhluk Allah yang lain, bermakna engkau menghina Penciptanya. Jika engkau mempertikaikan sesuatu kejadian yang berlaku, bermakna engkau mempertikaikan kuasa Allah swt. Siapa engkau wahai manusia kerdil lagi daif penuh kekhilafan...siapa engkau????

Ini soal jodoh, adalah rahsia Allah swt...begitu juga hidup dan MATI...juga rahsia Allah swt. Siapa engkau untuk mempersoalkan, mempertikaikan apatah lagi menghina.

Aku baca entry budak perempuan ni, seperti bangga sangat dengan bf dia. Engkau lupa wahai budak, bf engkau tu hanya sekadar manusia biasa. Bukan sesiapa. Belum tentu engkau akan berkahwin dengannya, belum tentu engkau mendapat restu daripada orang tua kamu berdua, belum tentu juga engkau mendapat restu Allah swt. Jadi jangan mempertikaikan pernikahan orang lain yang dah sememangnya halal, bukan seperti diri engkau wahai budak kerdil...

Hari ni, aku bersuara, kerana marah dengan topik yang tak habis - habis tentang PERKAHWINAN TANPA RESTU  ORANG TUA. Muak! Aku perempuan, kawan aku juga perempuan begitu juga engkau, juga seorang perempuan...sepatutnya sama - sama berdoa akan kebaikan hamba yang lain. Mungkin hari ni, hari dia mendapat ujian berat, tapi hari kita belum tentu lagi jenis ujiannya. Belum tentu lagi kita mampu mengharunginya.

Soal budak perempuan ni, menghina rezeki, kerjaya sebagai pendidik, layak ataupun tidak. Aku tak nak komen sangat, bagi aku...aku hanya berdoa, semoga engkau juga turut merasa satu hari nanti. Rasa apa tak tahu lah...berserah. 

Aku bukan nak kata aku baik sangat atau pun alim sangat, ataupun tinggi sangat ilmu - ilmu agama di dalam diri aku ni, tapi aku nak nasihatkan sekalian manusia, janganlah kalian terlalu terlampau menghina, mengkeji,mempertikaikan akan sesuatu hal mahupun seseorang. Memang kita tak lari dari kesilapan, kadang - kadang terlepas juga mulut tu, tapi cepat - cepat lah istighfar. 

Insaf lah kau budak, kalau benar kau tak bersalah kenapa harus kau tersentap dengan kata - kata orang lain. Satu je perkara aku minta kau insaf andai lain kau tak boleh terima. HENTIKAN hinaan tentang pernikahan orang lain yang kau katakan TANPA RESTU itu. HENTIKAN ! bagi aku, cukup untuk sekelian kalinya. 

Bagi mereka yang belum berkahwin, jaga lah kata - kata dan percakapan kamu, kerana kamu masih belum terlepas lagi ke alam perkahwinan. Bagi mereka yang dah berkahwin juga, jagalah percakapan dan perkataan kamu, biarpun kamu sudah selamat berada di alam perkahwinan, jagalah perkahwinan kamu agar tetap bahagia dan kekal hingga ke akhirat. Ini kerana, selagi kita masih hidup dan bernyawa, bila - bila masa ujian akan menimpa kita...

Segala yang aku katakan di atas ni, adalah untuk peringatan aku juga, sebagai makhluk Allah swt yang sering lalai dan lupa. Maafkan andai ada terkasar bahasa. Kerana, yang baik itu datang dari Allah swt, dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri aku sendiri.

***lebih baik kau minta maaf budak...(kerana kata - kata penghinaan kau melibatkan ramai makhluk, bukan setakat kawan aku seorang je)

Wassalam...

Sunday, August 7, 2011

Cerita Tentang....Jodoh....Aku Semakin Yakin ♥

Jodoh...???

Bila cerita tentang JODOH...semua pasti pernah mengalami tentang mencari jodoh. Ye la, maksudnya mencari pasangan hidup, teman hidup sepanjang umur.
Fuh!!! Lebih - lebih lagi pada mereka yang berumur lebih kurang aku ni kan, pasti ramai yang bertanya siapa colan-colan yang menjadi pasangan hidup. Alah...tak kira lah siapa pun pasti akan bertanya, baik mak bapak sendiri, makcik - makcik, pakcik - pakcik, jiran tetangga pun turut menyibuk, kawan - kawan mak bapak, kawan - kawan adik beradik, belum masuk kawan - kawan sendiri lagi tu. Kawan - kawan dah tentu kawan - kawan dari zaman tadika sampai lah dah kerja...semuanya bertanya. " Dah ada yang punya belum?" "Dah ada pakwe belum...?", Bila jawab dah ada...di tanya pulak," Bila nak langsung majlis?", " Bila nak kahwinnya ni...dah tunang belum?". Banyak pulak soal nya...bila dah kawin pulak, ditanya juga lagi," Bila nak ada anak ni?"...ishhh...payahkan wartawan sana sini. Bak kata ustaz ceramah agama yang aku dengar tempoh hari( entah bila tak ingatlah), kasihan nya hidup seorang perempuan ni, ini lah dia, dari sebelum kahwin sampai lah dah kawin, asyik diambil tahu orang je hidupnya. Hmm...perempuan....

Balik kita pada cerita asal( jauh - jauh aku melalut apesal kan...), aku nak kongsi pendapat aku bila aku tengok satu filem Indonesia. Yang mana filem ni dah lama dah ditayangkan, tapi aku je yang baru nak tengok. Tapi bila tengok, sampai 2 season lah aku habiskan tengok. Filem ni memang best sebab banyak ilmu pengetahuan yang kita dapat. Filemnya adalah...

Ketika Cinta Bertasbih




Dalam filem ni, banyak bersandarkan kepada ajaran agama Islam. Memang best. Kehidupan manusia seharusnya, berdasarkan hukum - hukum Allah yang menyenangkan hambaNya sendiri. Filem ni berkisarkan tentang jodoh semua kerja Allah swt. Memang benar segalanya tersurat di Luh Mahfuz tentang takdirnya hidup kita, mati kita, rezeki kita dan juga jodoh kita. Tapi, tanpa kita usaha Allah tidak akan mengubah hidup seseorang manusia itu.

( Abdullah Khoirul Azzam(ditengah), Anna Althafunnisa (dikanan,bertudung Pink),Furqan(dihujung kanan, bekas suami Anna Althafunnisa & sahabat Abdullah Khoirul Azzam,Eliana Pramesty Alam( dikiri, free hair, pelakon terkenal di Indonesia dan juga pemilik hotel di Kairo), Ayatul Husna ( dihujung kiri, adik kedua Abdullah Khoirul Azzam))

Dalam filem ni, mengisahkan tentang jodoh antara Abdullah Khoirul Azzam dan juga Anna Althafunnisa yang mana mereka hanya bercinta dari jauh tanpa mengenal antara satu sama lain. Abdullah Khaoirul Azzam hanya mendengar firasat hati bahawa Anna Althafunnisa adalah calon yang terbaik untuk beliau jadikan isteri setelah dia mendengar nama indah itu dari mulut Pak Alam, salah seorang pekerja pelakon terkenal. Abdullah Khoirul Azzam tidak pernah melihat akan wajah Anna Althafunnisa apatah lagi mengenal diri beliau. Hanya kerana percaya, firasat hati cintanya datang dari Allah swt bukan dari nafsu. Beliau datang melamar Anna Althafunnisa ke rumah pakcik gadis indah itu. Namun, lamarannya ditolak pakcik Anna atas sebab gadis tersebut telahpun dilamar sahabatnya sendiri dan selain itu ditolak kerana pelajarannya tidak setinggi Anna Althafunnisa yang kini mengambil Master serta dikatanya Abdullah Khoirul Azzam belajar tidak bersungguh kerana menjual tempe dan bakso sambil belajar.Walaupun kedua - duanya belajar di tempat yang sama, di Universiti Al - Azhar, Kairo mereka tidak pernah bertemu. Abdullah Khoirul Azzam berasa sedih atas keputusan itu, lalu dibawa hati kesedihan itu menhadap Ilahi dengan membaca Al - Quran, mencari kedamaian dan ketenangan hati, Dia percaya akan Qada' dan Qadar Allah swt. Di hatinya memang Anna Althafunnisa, tapi dia bertawakal dan berserah, hanya doa usahanya.

Pada saat ini aku tengok, aku rasa terharu dan berfikir, wujudkah lelaki sebegini pada zaman serba moden kini. Aku lihat pada masa sekarang, semakin berkurangan pemuda - pemuda pergi ke masjid mendirikan solat berjemaah. Lebih - lebih lagi di bulan Ramadhan ni, bila solat terawikh di rakaat ke lapan sahaja mereka wujud, kemudian hilang entah ke mana. Apatah lagi solat yang wajib. Wujudkah lelaki sebegini seperti di dalam Filem Ketika Cinta Bertasbih. Ada sesetengah lelaki ( bukan setengah lelaki tau, setengah lelaki tu, maakkkkk), bila lamaran ditolak, mulalah dia marah. Terus mencuka, hilang semua persahabatan sebelum ni. Ada yang lebih teruk lagi, dimaki hamun pulak. Terus bermusuh tak bertegur sapa. Ada juga yang nak berlawan berlumba, menunjukkan dia boleh dapat lebih baik dan bangga diri. Hmm...manusia, manusia...dikau lupa akan ketentuan Allah yang Maha Cinta dan Agung.

Ada ilmu yang kita akan belajar dan baru kita tahu tentang ilmu itu setelah kita menonton filem ini. Antaranya, 

* Pernikahan yang hanya menyakitkan hati pasangan nya, Haram hukumnya. Maksudnya, jika niat bernikah hanya untuk menyakiti hati pasangannya Haram hukumnya.

* Mendahulukan orang lain tanpa memikirkan diri sendiri, Makruh hukumnya. Kerana Allah meminta kita mendahulukan diri kita sendiri barulah kita mendahulukan orang lain. Seperti kataNya, cintai lah saudara yang lain sebagaimana engkau mencintai diri mu sendiri. Itukan bermaksud kita cintai diri kita sendiri barulah kita mencintai yang lain.

* Suami dibenarkan berkahwin lagi satu apabila benar isteri pertama sakit yang bertahun dan tidak mampu lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri seperti yang disyariatkan Rasullullah saw.

* Memilih pasangan hidup bagai menetukan masa depan kita dan juga AKHIRAT kita. Maka, janganlah kita fikir hanya untuk masa depan sahaja, tetapi fikirlah juga Akhirat kita kerana suami lah pembimbing, pemimpin dan pendidik kita menjadi isteri dan anak yang solehah. Kerana, kebiasaanya kita hanya memikirkan calon yang menjamin maa depan kita tanpa memikirkan Akhirat.

* Memilih pasangan hidup, Agama yang diutamakan. Itu memang penting, sepenting - pentingnya dalam hidup. Memang rupa paras dan harta juga penting, tapi penting lagi Agama. Tanpa Agama, hilang ketenangan hidup, hilang arah di dunia dan apatah lagi di Akhirat.

Kalau diikutkan, banyak lagi ilmu yang boleh kita kupas dari filem ini. Filem ini hasil nukilan idea dari novel terlaris di Indonesia. Sama - samalah kita menonton filem ni, kalau nak tahu lebih lanjut cerita tentang jodoh Ketentuan Allah swt.

Bila Allah kata jadi, maka jadilah ia. Bila Allah kata,Kun fayakun, tiada siapa dapat menentang. Hanya Allah yang lebih mengetahui tentang terbaiknya buat setiap manusia itu, tanpa izinNya semuanya tak kan terjadi.


Friday, July 1, 2011

1st Prize...Im The Winner ! ♥

The 1st Prize goes to : Secret Recipe Honey

Hahahaha....I'm never thought I would win the contest. I just play2 in edit photo, just tried my luck...hehehe...leh ea cakap macam tu...hehehe...apepun,memang tak percaya lah,then syukur alhamdulillah...menang...

Memang lah hadiah tak lumayan mana pun...tapi, hua hua hua...terharu tau,menang untuk pertama kali dalam hidup masuk pertandingan meng'edit' photo orang lain. Dah la yang join contest tu semua memang cantik - cantik belaka la editting diorang. Aku pun down tengok...malu pun ye beb. Ye lah...aku rendah diri tau, tengok kemampuan aku setakat mana je lah kan. Ape lah kebolehan yang aku ada, jauh sangat kebolehan yang orang lain ada. Memang down aku tengok edit photo orang lain.

Result Contest ni, bulan MAY.
Malangnya, baru malam ni aku cek blog amoi kecik ni, contest tu siapa yang menang. Then, niat dalam hati nak jugak tahu, design edit photo pemenang tu macam mana kan..hebat macam mana...cantik macam mana...nak jugak tahu dia edit macam mana...so leh follow kan...sekali aku cek malam ni...

Fuh! Ni macam gambar yang aku edit ni...macam mana orang ni leh tiru aku punya style ni...ape lah bendul sangat aku ni...tak nampak nama sape yang menang tu...

The 1st prize goes to : Secret recipe honey!
A bag bought from Langkawi island worth RM29.00 !!!
I don't know you will like it or not! hee~

The second prize goes to : Lv Liaety Rose
A RM10 reload coupon ! hee~


Are you satisfy with the result?
however , the result is unchangeable(I made the rule)!
For the winners and all the contestants, thanks for participated ,
Winners--please email me ur address and phone number plus ur real name ya.
onserve@live.com

Huhu...kalau korang tak percaya gak macam aku yang tak percaya, terkejut beruk ni...please...check it Out...this owner of the contest...



Sila lah Click!
Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio