Thursday, January 27, 2011

My way of re-energizing my day is a large cup of #MiloFuzeJamPack and playing this crazy addictive game. I want to get the high score to win iPod Shuf

My way of re-energizing my day is a large cup of #MiloFuzeJamPack and playing this crazy addictive game. I want to get the high score to win iPod Shuf

Tuesday, January 25, 2011

Inginkan Kulit Muka Awet Muda ? Hah...baca ni cepat !

Awet muda? Siapa yang tak nak kan...hehehe 
Bercerita tentang awet muda, memang ramai yang suka. Suka berkongsi rahsia, suka bercerita, suka nak ambil tahu, suka ambil berat tentang Rahsia Awet muda.
Entry ni, bukan nak cakap I ni awet muda, tapi sekadar berkongsi pengalaman.
Atas pengalaman yang baru je hidup 28 tahun beberapa hari ni dan minggu ni kan...so I buatlah topik entry kali ni AWET MUDA.

Hah...ape dia amalan - amalan yang patut anda semua tahu?
Terutama sekali perempuan - perempuan, gadis - gadis, pria - pria di luar sana ye...
Lebih elok kita amalkan untuk kepentingan diri kita semua sendiri.

Amalan - Amalan yang boleh korang semua amalkan ialah :

1. Paling utama, kurangkan minum air sejuk ( maknanya air batu lah/ais)


Huuuhhh...nampak sedapkan...lebih - lebih lagi bulan pose!


Amalan ni memang benar, air batu / pun ais, tidak elok untuk kesihatan sekiranya diminum selalu dan setiap hari. Baik lelaki ataupun perempuan. Terutama sekali perempuan, yang mana perempuan kelak yang mana masih anak dara ( seperti I...hehehe) akan berkahwin dan mengandung kan. So, bila perempuan bersalin dan melahirkan anak, segala urat - urat banyak yang putus. Masa tu juga, urat - urat korang semua dah pun biasa mengembang disebabkan dek ais & air batu yang korang selalu minum tu. Jadi, kesan nya, korang bukan setakat badan mengembang malah badan korang pun akan bisa - bisa.( Nasihat untuk korang semua termasuk diri saya ye...) Mungkin masa sekarang korang tak rasa bisanya, tapi kelak bila tua barulah korang tahu penangan air batu & ais ni.
Jadi, kurang - kurangkan lah amalan air batu sokmo ni ye...
Banyakkanlah minum air panas...sihat badan tau.


Wahhhhh...sedapnya ABC...huhuhu!


2. Amalkan minum air sirih.

Huhuhu...part ni...mesti ramai yang tak nak kan...hehehe...I know...Tapi percaya lah kengkawan, air sirih sangat baik untuk kesihatan kita. Sebab dalam akstrak daun sirih tu mengandungi antioksidan ( antioxidant ) yang mana ia mencegah sel - sel kulit kita ternyahoksida.

Cara - cara buat air sirih :

Ambil 2-3 helai daun sirih. Kemudian rebuskan daun tersebut. Setelah mendidih. Ambil air sirih segelas lalu sejukkan. Kemudian minum.
Amalkan setiap kali bangun pagi ye.
( Kalau tak tahan,takut pahit & pedas,boleh tambahkan gula batu sedikit)
InsyaAllah...mujarab.


Selain tu, air sirih memang baik untuk kesihatan serapat wanita....(hehehe...malu pulak...)
Just for your information...(^_^)

3. Rajin - rajin la makan ulam - ulaman ye...



Ulam - ulam ni, selain banyak vitamin c dan vitamin lain - lain. Ia adalah makanan segar, banyak serat. Memang baik untuk kesihatan yang mana, serat - serat dari ulam - ulaman ini akan menyerap segala lemak - lemak yang ada dalam badan kita dan dibuang keluar dari badan kita. 
Faedah makan ulam ni juga 2 dalam 1.
Selain buat kulit kita awet muda, ulam juga mengempiskan perut kita ye...
hehehe...

Sekian sahaja renungan kita hari ini.

p/s : Renung - renungkan & selamat beramal.
(psstt...aku pun tak tahan minum air sirih, tapi paksa dek mama,telan je la...hehehe)

Sunday, January 23, 2011

Menu Untuk Yang Single Sahaja Ye ! ( Dah Kawin Gie Jauh - Jauh...hehehe)

Menu Untuk Si Single ( seperti saya ) sahaja ye...
I am Single ♥

Hari ni kita ada menu untuk single - single ye. Sape yang dah kahwin, sila janga tiru menu ini kecuali...hehehe... lu pikir lah sendiri...
Untuk Menu Single ni anda semua mesti sediakan bahan - bahan berikut ye.

Bahan - Bahan Menu Single :

1. Mee Segera Tomyam Adabi ( Maggie pun okay,ape2 la ye...)


2. Ambil cili api depan umah...hehehe...kalau tak ada, pergi beli kat kedai la kan. Nak beberapa biji je, khas untuk makan seorang diri ye.


3. Kupas sebiji bawang merah ye...( cukupla sebiji...bukan masak untuk kenduri pun ).

4. Siangkan sayur yang ada kat rumah korang lah kan. Tak kisah la sayur ape pun.
( Kat umah aku,yang ada, lobak dan cendawan tiram...jadilah asal berzat)



5. Sediakan air untuk kuah ye. Pandai - pandai hang la nak budget air berapa banyak.


Cara - Cara membuatnye ye :

1. Jerang air dulu supaya bila tiba masukkan mee segera Tomyam dah senang.

2. Bawang yang dah dikupas tu, dihiris - hiris halus.

3. Masukkan rencah Tomyam yang ada dalam Mee Segera tu ke dalam air didihan tadi tu.

4. Bawang yang dah dihiris tadi pun di masukkan bersama ke dalam air didihan tu.

5. Sayur - sayur yang korang sediakan tu, setelah dihiris- hiris,di potong kecil - kecil, masukkan juga ke dalam air didihan tomyam tu.

6. Opps! cili api jangan lupa ye...hiris la juga.

7. Tunggu sehingga air mendidih,dah bau kuah Tomyam, baru lah masukkan mee segera tadi.

8. Kemudian, masukkan cili api pula ye. Tunggu lah sehingga agak - agak mee tomyam korang tu masak. Tak lama pun, kejap je.

Sekarang, boleh lah makan...Dah pun siap...Taraaaaa!


Sungguh Enak Di makan sorang...hehehe...

Ini lah menu untuk yang single.
Dah kawin tak sesuai sangat...hehehe...kecuali...bila ngidam ataupun MALAS!

P/s : meh lah...Dah lapar dah sebenarnye ni. Makan dulu ye...Bye!
Eh, selamat mencuba...! Kalau rajin,tambah telur...lagi mantap.Daa....





Friday, January 21, 2011

Jalan Ke Arah Kurus...Yeay!♥

Yeay! Ada Jalan Kurus...Eh,Jalan Ke Arah Kurus !


Ini die nak tunjuk jalan ke arah kurus dengan baik dan sihat. Tak payah lah nak kekang makanan sangat - sangat. Hilang nikmat dunia tau ! Coklat ke durian ke udang bakar ke...ayam golek ke...sedaaap tu! Jangan diet...jangan lepaskan peluang...makan je..tak pe..Doktor Slim kata, boleh makan semua tu...hehehe...rugi tak makan. Kalau aku, semua aku pantang...pantang jumpa, makan je. 


Tips - Tips Kekal Langsing Gitu...
1. Sarapan Itu Penting !
Jangan sesekali cuba abaikan sarapan. Sebab, makanan yang kita ambil setiap pagi membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian kita disamping makanan yang korang ambil pagi tu ( maksudnya yang korang makan tu ) membantu membakar lemak.

2. Rajin membuat kerja a.k.a Banyakkan aktiviti




Maksudnya, banyak - banyak kan lah pergerakan diri dan tubuh korang. Jangan malas. Sekiranya di tempat kerja korang atau tempat belajar korang ada lif. Pilih lah naik turun tangga berbanding dengan lif ye...jangan malas - malas tau...(^_^). Itu lebih afdal...
 3. Minum Teh





Dalam hal ni, maksudnya banyakkanlah minum teh tak ape. Jangan banyakkan minum Cool Blog...hehehe...eh, minum soft drink pun tak boleh banyak - banyak. Tak boleh selalu, nanti bukan setakat naik berat badan je, malah dapat penyakit Diabetes...Eeeeiii...jangan lah,jaga kesihatan ye.
4. Air Putih pulak





Minum air putih banyak lah sangat khasiat nye. Selain baik untuk keseimbangan dalam badan, ia juga baik untuk kesihatan kulit kita. (psst...cakap pasal kulit,nanti ada tips untuk kulit pulak ye.Tunggguuu!) Minum air putih ni, pastikan 8 gelas sehari tau.
5. Buah & sayuran...my favorite ni.






  Tau tak anda, bahawa buah - buahan dan sayuran kaya serat ni sangat diperlukan untuk melancarkan pembuangan dan sisa makanan dari badan kita? Selain dari tu, ia adalah pembekal khasiat untuk tubuh. Contohnya, untuk kulit muka yang licin, banyakkan makan buah - buahan kaya vitamin A...
6. Tepati Waktu makan korang
Maknanya, korang jangan lah tangguh - tangguh masa makan korang. Paham kan? Bila tiba waktu tengah hari, mesti cepat makan untuk tengah hari. Jangan lah korang Qada' makan tengah hari korang tu di sebelah malam. Akibatnya, lemak - lemak yang korang makan tu berkumpul pada satu masa saja. Metabolisme pun dah menurun. Maka...tak sihat lah kan...kan...Tepati waktu ye...
Pesanan terakhir :- Renung - renungkan lah dan Selamat Beramal....♥

Recipe Sandwich Kurus

   Hah...dalam masa satu hari boleh kurus? Ada resipi ke...?
Ini dia resipi untuk kurus 1 hari. Hari ni je la...hehehe...iaitu... Sandwich Kurus...


Sandwhich Sweet Banana
 Bahan - Bahan nye ye kawan - kawan :


1. Sediakan 2 biji pisang manis. ( ala...pisang yang leh dimakan begitu saja je tu )
2. Roti beberapa keping ( budget sendiri utk berapa orang makan kan...2keping pun ok)
3. Marjerin (Tak kisah lah jenama Planta ke kan...asal Free Cholestrol)
4. Sedikit gula pasir ( dalam 1 sudu besar pun dah terlebih cukup )
Planta Untuk Sapu Roti

Pisang ni pun boleh la...

Bahan - Bahan Sandwich Kurus


Okay...sekarang dah ada bahan - bahan nya  ye tuan puan.


Cara - cara membuatnya pulak :


1. Potongkan pisang tadi dalam hirisan halus - halus...eh,nipis - nipis...pun boleh la.
2. Kemudian, sesudah siap dipotong pisang tu. Ambil 2 keping roti itu tadi,sapukan dengan marjerin dengan sapuan yang nipis pun dah cukup.
3. Then, tabur kan sikit - sikit je gula pasir atas kedua - dua keping roti yang dah sapu marjerin tu kan.
4. Lepas tu, ambil hirisan - hirisan pisang tadi dan aturkan lah atas roti tu. Susunlah ikut suke hati korang kan. Asal selesa,cantik dan nampak menarik.
5. Dah siap...boleh lah di makan. Jadi lah sandwich kurus. hehehe....
 Jadilah macam gambar ni...taraaa....


Sekarang,boleh lah makan...yummy,yummy...!


P/s : Selain daripada gula dan marjerin utk di tabur dan disapu pada roti. Anda boleh juga gunakan Cheese @pun Nutella @pun Peanut Butter @pun Honey...Seeedaaap!
Selamat Mencuba ! Pasti kurus...hehehe



Sandwich Banana+Nutella






Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio