Friday, March 25, 2011

Ubat Batuk Paling Sedap Pernah Jumpa Sepanjang Hayat 28th Ni!

UBAT BATUK PALING SEDAAAAP!!!


Fuhh! Tajuk nak panjang - panjang. Pasal ubat batuk je pun ko ni...hehehe...saja je kan. Selagi muat untuk di taip. Taip aje lah.

Seminggu aku cuti untuk merehatkan otak - otak ( oppss...bukan makanan otak - otak yang jual kat pasar malam tu ea ), minda dan badan yang letih bekerja, tak best dan tak nikmat langsung. Apabila, ditakdirkan Tuhan Yang Maha Berkuasa, aku jatuh sakit, demam, selsema, sore throat dan juga batuk. Maka, seminggu tu lah aku beristirehat di rumah, tak ke mana pun(amik ko,nak sangat cuti). Seminggu yang sadis telah berlalu, Alhamdulillah, tonsil yang bengkak ni dah pun berkurangan, walaupun makan antibiotik yang menimbun Doctor bagi tu tak teratur makan nya...hehehe...( kalau mak aku baca ni, naya aku ). Tapi, yang buat tak best nya, batuk ni tak kurang, makin menjadi - jadi dia bergendang dan menggeletek tekak aku ni. Huh..memang pendiam ya amat aku ni. Memang tak syok lah nak kerja. Macam mana nak kerja. Dah lah kerja aku ni ramai sangat client yang nak di layan, nak berinteraksi dengan orang, mana nak cakap kalau cakap je, terus batuk terbahak - bahak, tak berhenti(tak senonohnye bunyi..hehehe). Tiba - tiba, pada hari ke - 2 aku datang kerja setelah naik cuti, datang lah seorang hamba Allah swt, menjual madu. Bermula lah penglipur lara si tukang jual madu lebah ni, di beri nya segala petua. Termasuklah, petua untuk ubat BATUK...huhu...ni lah yang nak di cerita nya ni. Ubat Batuk Orang Asli made by MADU okayyy( sebab penjual nya Orang Asli...hehehe..)









Petuanya adalah....:

      Madu      
          Limau Nipis      
       Sikit Asam Jawa     
     Sikit Garam    

Maka, aku tawakaltullah lah, cuba resepi Orang Asli ni untuk ubat batuk. Dengan pantasnya aku balik ke rumah, kemudian 1 sudu besar madu asli ( guna sudu plastik ye, untuk tidak hilang khasiat madu ), separuh air limau nipis di perahkan, secubit asam jawa dan juga garam halus. Dikacau - kacau. Lastly, minum lah ubat batuk tu. Tapi ingat ye kawan - kawan, kita niat, Allah sahaja yang Berkuasa menyembuhkan segala penyakit yang ada di dalam badan kita, yakin dan tawakal lah pada Dia...ye kawan - kawan...ye.

Fuhhhh! Sedap sungguh ubat batuk ni. Rasa nya, masam - masam manis. Sangat Sedap. Kalau macam ni la ubat batuk rasa nya, kan bagus. Memang tak takut lah aku telan ubat batuk. Setiap satu jam pun aku sanggup huhuhu...

Kesannya, alhamdulillah berkurangan hari ke hari. Dah mampu aku bercakap dan bersuara. Amalkan lah 2x sehari ye.


Sekian sahaja, penyampaian saya hari ini.


Tata...

" Yang baik itu datang dari Allah swt, yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri."

p/s: nak pergi telan pil pulak...uwaaaaa....(T-T)


0 comments :

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio