Wednesday, March 23, 2011

Bercium Mulut Di Masjid ??? Apa???!!!

BERCIUM MULUT DI MASJID???

Apa??? Bercium mulut di Masjid? Aduhaiii...dengar pun dah tak sedap dah. Apa tah lagi memandangnya. Walaupun kkorang tu suami isteri, tak semestinya boleh buat sesuka hati di dalam masjid. Aduuuhhhh...sedih. Bukan apa, aku pun tak nak la cakap banyak sangat, sebab ilmu agama aku pun tak lah sehebat Imam Muda...tak lah setinggi Ustazah Dr. Arbai'yah...tapi masih lagi tahu hukum - hukum dan adab - adab di masjid. Malu lah...Negara kita pun, dah diwarwarkan dalam berita tempoh hari, tidak boleh di adakan majlis akad nikah di masjid lagi, kerana ia menyamai atau menyerupai agama Kristian. Kenapa berkata begitu? Jika kita masih teruskan cara macam tu. takut - takut dikhuatiri orang yang beragama Kristian akan menyamakan agama Islam dengan Kristian, tiada beza antaranya, maka tiada lah atau hilang lah hormat pada Islam.

Apa aku citer panjang lebar ni...hehehe...sebenarnya ni hah,yang aku nak sampaikan. Kisah pernikahan si Kris Dayanti dan Raul Lernos. Sila lihat gambar ye...



Dikatakan, Raul mencium bibir isterinya Kris Dayanti, sebanyak 3 kali di hadapan khalayak ramai sebagai tanda cinta nya pada isteri tercinta.( boleh lihat sumber di Qimie Dot Com-http://qimie.com/blog) Di dalam masjid aksi ni okayyy...tolonglah...perbuatan ni boleh kalau nak buat, di majlis resepsi ke, kat luar ke,tak kisah lah kat mana, asal bukan di dalam Masjid yang mulia ini. Perbuatan sebegini menyerupai majlis Kristian, sebaik sahaja mereka berkahwin di gereja mereka. Aduhai...tak sopan. Hormatkan lah masjid tu....Aduh...Astaghfirullahalazimmmm...
Bagi yang tak setuju dengan komen aku ni. Tak pelah. Andai ada kata - kata aku yang salah di sisi agama Islam, harap diperbetulkan dan mohon maaf. Tapi, bagi aku, aksi sebegini tak PATUT SANGAT dilakukan di dalam MASJID ye...maaf.

p/s : panjang pulak aku membebel...hehehe...Tolonglah Kris...


0 comments :

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio