Saturday, March 19, 2011

Doa " Cinta Suami Ku" & " Kasih Isteri Ku"♥

♥Doa Isteri Untuk Kejayaan Suami♥

" Ya Allah Berikanlah suami ku kemudahan rezekinya.
Jika letaknya masih jauh maka dekatkan lah, jika masih ada di langit maka segera turunkan lah untuknya, jika bertahan di dasar bumi hanya Engkau lah yang mampu mengeluarkannya. Ya Allah, berkatilah rezeki yang diperolehi suami hamba agar membawa kebaikkan bagi kami sekeluarga di dunia dan di   akhirat."

Sesungguhnya, terletaknya kebahagiaan isteri dari keredhaan suami dan manakala terletaknya kejayaan suami dari doa keberkatan isteri.


Andai suami menggunakan rezeki yang dilimpah ruah untuk nya ke jalan yang mungkar, hingga menzalimi isteri, maka terjatuh lah suami ke kegagalan. Kerana, rezeki yang dicurahkan oleh Nya, adalah bukan sahaja untuknya tetapi untuk isteri dan anak - anaknya.

Berjaya nya seorang lelaki (suami ) kerana berdiri di belakangnya seorang perempuan ( isteri ).


Doa Suami Untuk Kebahagiaan Keluarga


" Ya Allah, bahagiakan lah keluarga kami, bersama pasangan yang telah Engkau pilihkan dan tetapkan untuk ku, kerana aku yakin Engkaulah sumber kebahagiaan kami yang sesungguhnya. Berikanlah ketenteraman dalam hatiku, hati isteriku dan anak - anak ku. Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan ini dengan keredhaan Mu terhadap kami sekeluarga".

 Sesungguhnya, redha nya suami ke atas isteri maka baru peroleh dirinya redha dari Allah. Sekiranya murka suami kepada isterinya, maka murka lah Allah pada dirinya.
 Nauzubillah.


p/s : Semoga kita menjadi yang TERBAIK untuk pasangan kita hanya kerana untuk   
       Allah swt. ( Saya doa saya mampu menjadi isteri yang solehah,Aminnn)

0 comments :

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio