Friday, February 25, 2011

Tuhan Bayar Cash!!!


Kisah Benar : Tuhan Bayar Cash !!!

Tu lah...nak melawan, nak sangat tunjuk lagak,nak tunjuk bagus. Sekarang,ape jadi? Hah...tak sedar diri lagi tu...Takpe,tak,pe biarkan. Kite tengok hidup dia esok,susah ke senang. Buat cikgu - cikgu dia ni, macam kuli dia agaknya. Macam pekerja yang dibayar untuk mengajar je okeyyy...bukan untuk mendidik!!!

             Adalah satu kisah ni,sorang pelajar perempuan ni. Baru je tingkatan satu,tahun lepas mendaftarkan diri dan duduk di antara kelas-kelas terakhir (Maknanye,kelas ape?kelas-kelas budak yang'kurang pandai' ni la kannn). Nak dipendekkan cerita, die ni dalam kelas, memang tunjuk samseng dengan kawan - kawan kelas. Kononnya,die lah ketua gangster perempuan dalam kelas die ni. Tapiiii....depan cikgu, mak aiii...tunjuk lah baik,pendiam orangnye,sopan. KATANYE!...


              Jadilah kes satu hari tu, kantoilah segala perkara dan diri die yang sebenarnye ni. Die buat hal dalam kelas,punca nye,die tak benarkan sesiapa pun jangan kawan dengan budak perempuan yang ada dalam kelas die ni. Budak perempuan yang die tak suke ni, budaknye miskin,pakaian tak bersih,tak baru,jadi mana layak ada kawan. Gitulah gamaknye die ni buat kat budak perempuan miskin ni. Oleh itu, die ni marah sesiapa yang ingkar cakap die ni. Maka, jadi lah pertengkaran dalam kelas. Kebetulan cikgu ada dalam kelas tu,tanpa mereka sedar ada cikgu yang ,memerhatikan sikap diorang ni kan. So, cikgu ni,cikgu S (bukan nama sebenar) tegur dan marah gang - gang lagak gangster ni. Kenapa buat macam tu, kenapa itu dan ini. Cikgu S ni membebel dan marah. Habis selesai hari ni. Keesokkannya,...Cikgu S diserang oleh mak budak perempuan ni,yang si gangster ni la. Budak ni mengadu, cikgu pukul die,tarik tudung die,marah - marah die. Macam - macam lah dituduhnye Cikgu S ni. Ape lagi? Naik angin cikgu - cikgu yang dengar ni. Bukan setakat Cikgu S je. Mak budak perempuan ni tak terima ape pun aduan tentang anak kesayangan die ni. Malah, mak die pulak tunjuk pandai, bagi ceramah kat Cikgu S dan cikgu - cikgu yang ada masa perhimpunan 'serangan' mak budak ni la. Haiiishhhh...sakit hati, sebab mak die ni tak tau anak die ni punye perangai kat sekolah. Mak die ni tak tau, anak die ni banyak menipu. Tapi ape kan daya, cikgu - cikgu hanya lah baby sitter. KATANYE!...pekerja okay,customer always Right! Semenjak hari kejadian, cikgu - cikgu tak ampunkan segala salah budak ni. Sebabbbb...die telah membuat tuduhan palsu,tak benar,maka jadilah Fitnah! Tak gitu?...Die lupa,die adalah seorang pelajar dan cikgu - cikgu ini adalah Ibu mereka di sekolah. Mana tidaknye, die siap label-labelkan setiap orang cikgu - cikgu yang ajar die ni dengan gelaran yang tak senonoh. Ada CIKGU BONTOT TONGGEK la...CIKGU JALAN ITIK la...CIKGU SUKA BERCINTA la...melampau budak ni. Tahap melampau. Bila lagi sekali cikgu marah die, die siap WARNING!die nak adukan perkara ni pada orang Wakil Politik kat situ. Sedara - mara die KATANYE!...ceh! ingat cikgu - cikgu takut agaknya. Tak usik pun tubuh badan die. Malah die buat salah,mestilah kena marah. Kalau dah kerja sekolah tak siap,nota tak lengkap dah berhari - hari kan. Salah siape? salah mereka dan keluarga mereka...kuangkuangkuang...hehehe



Pendekkan citer lagi pasal budak perempuan ni. Tahun berikutnye,die ni naik ke tingkatan dua dan berada dikelas PALING AKHIR.(Itupun tak sedar diri lagi tuh...belajar tak berkat). Die ni kena rotan atas kesalahan die lah. Macam biasa kan. Die dirotan oleh cikgu disiplin,Cikgu A,bukan nama sebenar,(memang diberi kuasa untuk merotan,tapi ditapak tangan sahaja bagi pelajar perempuan). Jadi, die ni kena rotan ditapak tangan lah kan. Nak jadikan kes, rotan tu terkena lah bahagian tepi sikit kat jari die tu. Hah, dengan seronoknye,die balik rumah,die pun mengadu lah kat bapaknye ni. Katanye, cikgu ni rotan die banyak kali, kemudian tahan die sampai tak masuk kelas - kelas lain.(Die memang nak pekena kan cikgu - cikgu yang usik die). Apa lagi? Naik berang lah si bapaknye, terus gerak ke Balai Polis Daerah,buat report beb!!!


          Keesokkannya, Cikgu A ni mendapat panggilan dari pihak sekolah mengatakan, pihak polis nak datang untuk siasatan. Siasat pasal kes rotan budak ni la. Sampai masa nye,tiba lah si Pegawai Polis, bapak budak dan budak nye(dengan muka tak malu datang sekolah setelah memburuk - burukkan cikgu). Cikgu A pun datang jugalah dan dengar laporan aduan yang diberi. Cikgu A beri keterangan yang sebenar, die merotan atas sebab kesalahan die,sebagai peringatan dan kelas die dengan anak bapak budak ni adalah masa terakhir. Maka, mana ada die tahan budak ni sampai tak masuk kelas lain. Tapiiii...BAPAK BUDAK POMPUAN ni...tak terima langsung. Masih lagi nak bertekak,melawan cakap, Cikgu A yang salah. Dengan rela hati dan tanpa redha, Cikgu A ni minta maaf je la kan. Malas nak layan mak bapak yang tak sedar diri ni. Dia lupa, kesan diorang buat macam ni kat anak - anak die, padah buruk kesannya. Dia lupa,tahap seorang guru. Takpe...biarkan si Luncai terjun dengan labu - labunye...
Dengan bangganya, si budak perempuan ni beredar pergi kononnye die lah menang kes ni.

            Esok harinye,Cikgu A diberi arahan Pengetua sekolah agar datang ke rumah budak perempuan ni untuk bayar kepada mak bapak budak ni kos ubat. Maka, nak tak nak, Cikgu A ni datang jugak lah. Sebenarnye, hati seorang cikgu siapa yang tahu kan...Sampai je di rumah budak ni, di sambut oleh mak budak ni la. Nak tahu yang berlaku? Terlantar lah sekujur tubuh budak perempuan ni di perkarangan rumah die. Cer citer! Cer citer! Ape kes ni kan...hmm, mak budak ni pun citer lah, budak ni eksiden dengan motor masa die nak pergi sekolah. Motor tu 'sapu' die dari belakang. So, kaki budak ni terkopak lah nampak daging kaki kan, tangan semua calar - balar teruk. Dengar daripada citer mak die tu, Cikgu A hanya mampu berkata,"dah takdir budak ni,nak buat macamne,terima lah ye...". Cikgu A hanya berkata dalam hati, ni lah padahnya. Pelajar nak melawan cikgu.



             Sebenarnya, hati cikgu - cikgu yang mengajar die ni, memang dah lama memendam rasa, sakit hati, terguris hati dengan sikap biadap dengan cikgu - cikgu die ni secara halus. Kalau kurang ajar, melawan cakap,tak buat fitnah pada cikgu, tak pe lagi, boleh lah cikgu - cikgu ni maafkan. Tapi ni, depan diam,tapi dalam diam die buat perancangan sendiri, kenakan cikgu - cikgu yang marah die ni dengan hinaan dan fitnah belaka. Ambik! Tuhan bayar CASH $$$$ tau!!!



P/s : Jangan sakitkan hati manusia, jangan tabur fitnah tentang orang lain. Kelak kamu yang binasa !

  
"Guru adalah ibu di sekolah. Dia lah jua antara wali - wali, selain ibu dan ayah. Doa selepas ibu adalah guru.Jangan sesekali menyakitkan hati cikgu sehingga terdetik hati nya TAK REDHA.Kelak kamu binasa, hidup tak bahagia." 

0 comments :

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio