Wednesday, February 16, 2011

Kisah Siapa Paling Malas...?




Al kisah Paling Malas....katanyeee....

Hah...meh,meh...duduk sini,meh...cikgu nak cerita satu kisah ni.Dah, dah...shhh....diam semua,nak dengar tak?...ok, kalau nak dengar cerita cikgu,semua diam - diam tau...hehehe...


Saje je...nak hiburkan hati yang marah merah menyala hari ni kan. Meh lah, I nak cerita satu kisah kelakar ni...kita kongsi - kongsi cerita lucu apa salahnya kan,ye tak? Asalkan, bukan cerita hal perihal manusia lain...tu ngumpat namanye ye adik - adik...akak - akak...abang - abang...huhu...marah tak hilang lagi ni.(ehemm ehemmm...cool - cool beb...)...senyum ye...mukaddimah cerita si penglipur lara.


Al kisahnya begini....( sambil tangan bergaya...hehehe)






            Pada suatu masa dulu,(kenapa mesti mulakan jalan cerita ayat pengenalannya cenggini ea?hehehe), ada sebuah negara yang berkerajaan di Raja( Bukan Raja Lawak ea...hehehe). Di negara itu, semua rakyat jelata nya adalah sangat - sangat rajinnya. Siang malam, sentiasa berkerja untuk menjana kehidupan masing - masing. 


            Raja tidak mempunyai masalah dalam menguruskan Kerajaan nya, kerana semua rakyat Baginda tidak pernah kenal erti penat,jemu,lelah. Semuanya rajin lah teramat sangat berkerja. Tak perlu bersusah payah untuk mengusahakan makanan, minuman, ladang tanaman, bekalan makanan, perkakas peperangan...dan lain - lain lah. Segalanya memang tersedia sentiasa. Tanpa sebarang masalah, Tiada masalah penganggur dan gejala sosial.

 Sehingga semut di negara itu pun sangat - sangat rajin tau. ( Tengok gambar ye...bukti!...hehehe).

            Sehinggalah, pada suatu hari, Raja sangat berasa bosan. Mana tidaknya, semua rakyat termasuk pekerja nya sangat rajin. Tidak ada kerja untuk Raja lakukan apa-apa,segala - galanya terhidang sedia. Maka, Raja pun mempunyai satu rancangan untuk rakyat jelata nya. Raja pun membuat pengumuman kepada seluruh rakyatnya...

" Wahai rakyat jelata ku yang sangat - sangat rajin...Di sini, beta ingin membuat satu pengumuman penting untuk kamu semua."...Semua rakyat negara itu, terpina seketika. Tertunggu - tunggu apakah pengumuman Raja mereka ini.

" Beta ingin membuat satu pertandingan untuk kamu semua. Andai sesiapa yang menang dalam pertandingan ini, akan Beta hadiahkan berjuta - juta wang untuk nya",
Rakyat jelata tak sabar ni menunggu apakah pertandingannya itu.( semua telinga capang jadinya...juta - juta wooo....).

 
Raja pun sambung bersuara lantang lagi..." Pertandingannya adalah, kamu hendaklah mencari siapakah di kalangan kamu yang PALING MALAS di dalam negara ini. Seandainya, ada di antara kamu yang paling malas, sila tampil ke hadapan Beta pada hari yang akan ditetapkan nanti." Kecohlah suara rakyat semua,di mana ingin mencari orang yang paling malas di dalam negara itu. Ye lah, mereka semua adalah golongan - golongan yang rajin - rajin.


Maka, tiba lah pada hari yang telah ditetapkan dan dinanti - nantikan. Semua rakyat berkumpul untuk melihat siapakah di antara mereka yang tampilkan diri orang yang paling malas di negara itu. Raja pun memanggil orang yang pertama untuk menghadap  baginda.

Muncullah orang yang pertama, seorang pemuda yang segak seraya berkata," Wahai Tuanku, patik adalah orang yang paling malas di negara ini Tuanku.", pengakuan beliau jujur.

Raja pun membalas lalu bertanya," Buktikan, apa yang dikau paling malas itu?".
Pemuda itu menjawab, " Patik Tuanku, paling malas hinggakan makanan patik pun ada orang yang hidangkan Tuanku," yakin si pemuda ini mengaku.
Raja membalas katanya," iya kah?baik lah." Raja pun menuding jari ke arah seorang pemuda yang seorang lagi datang menghadap." Apakah yang membuktikan kamu orang yang paling malas.

Balas si pemuda yang kedua ni pula, " Patik Tuanku, orang yang paling malas Tuanku kerana patik makan pun ada orang suapkan Tuanku,"tegas si pemuda ini.

Raja berfikir sejenak," Hmm...baiklah...".

Tetiba, datang seorang budak kecil berlari datang menghadap Tuanku.
" Maafkan patik Tuanku"

Raja  pun mengangguk, lalu berkata" Ye wahai anak kecil, adakah kamu juga orang yang paling malas di negara ini?".

Budak kecil itu menyambut, " Iye Tuanku, patik lagi lah malas dari yang lain - lain Tuanku".,tunduk si kecil.

"Baiklah, wahai anak kecil, buktikan kemalasan kamu kepada Beta."

Budak kecil itu pun mengangkat muka nya memandang muka Raja itu sambil tersenyum. " Buktinya, patik nak cerita pun MALAS Tuanku..."sambil tangannya letak di dada dan mengeluh.

Hahahahahahaha...TAMMAT.


p/s: best tak?best tak citer ni?hehehe...saje je...suke - suke....nak hiburkan hati.











0 comments :

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio