Friday, February 18, 2011

Petua Nenek Moyang...Kempiskan Perut!!!


Petua Nenek Moyang....Kempiskan Perut!!!
  Adoi...lihat perut ku...sungguh buncitkan kan.Alamak...badan dah naik,pipi dah tembam,semua dah mampat...owhhh...Tidaaaakkkkk!!!!

Hah...biasa kan dengar orang cakap macam ni? Aku lah tu...hehehe...pantang naik berat badan sikit. Mak aiii...punye lah den susah hati ni hah. Mula lah,diet bagai. Masa makan, tak hengat..melantak kesedapan,fuhhh!...


Ni hah...den nak kongsi sesama petua ni. Bagus untuk semua kaum Perempuan ye. Ulang lagi sekali...kaum ape?...Kaum Perempuan.bagus,bagus...pandai pun..hehehe.


Bahan - bahan nya adalah :


1. Limau Nipis
Di belah untuk di perah ye. Habiskan perah sebiji tu terus tau. Tak payah nak sikit - sikit nye. Habiskan sebiji.
2. Gula Batu

Gula batu ni, ambil dalam sebesar ibu jari je tau. Jangan bebanyak. Ni nak buat ubat sihat, bukan pembuka selera. Hancurkan gula batu tersebut (guna lah lesung batu...tak kan guna penumbuk kan...hehehe)
3. Air Suam.

Air suam ni, tuang ke dalam campuran perahan limau nipis dan gula batu tadi. Paras air suam tu, hanyalah setakat tinggi paras ibu jari tangan je. Bukan ibu jari kaki tau...hehehe...tau la kan. Jangan marah,saja je.(^_^)

Hah, tunggu apa lagi?!! Minum la...Percayalah, sedap! Masam - masam manis. Memang dibuat khas untuk kuruskan dan kempiskan perut akak - akak, puan - puan dan cik cik ye. Yakin, kurus...(macam I...opppsss!)

P/s : Amalkan 2x sehari ye. Siang sekali dan malam sekali. Pesanan dari Doktor Moyang.hehehe...Selamat Mencuba! (^_♥)


0 comments :

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio