Friday, January 21, 2011

Recipe Sandwich Kurus

   Hah...dalam masa satu hari boleh kurus? Ada resipi ke...?
Ini dia resipi untuk kurus 1 hari. Hari ni je la...hehehe...iaitu... Sandwich Kurus...


Sandwhich Sweet Banana
 Bahan - Bahan nye ye kawan - kawan :


1. Sediakan 2 biji pisang manis. ( ala...pisang yang leh dimakan begitu saja je tu )
2. Roti beberapa keping ( budget sendiri utk berapa orang makan kan...2keping pun ok)
3. Marjerin (Tak kisah lah jenama Planta ke kan...asal Free Cholestrol)
4. Sedikit gula pasir ( dalam 1 sudu besar pun dah terlebih cukup )
Planta Untuk Sapu Roti

Pisang ni pun boleh la...

Bahan - Bahan Sandwich Kurus


Okay...sekarang dah ada bahan - bahan nya  ye tuan puan.


Cara - cara membuatnya pulak :


1. Potongkan pisang tadi dalam hirisan halus - halus...eh,nipis - nipis...pun boleh la.
2. Kemudian, sesudah siap dipotong pisang tu. Ambil 2 keping roti itu tadi,sapukan dengan marjerin dengan sapuan yang nipis pun dah cukup.
3. Then, tabur kan sikit - sikit je gula pasir atas kedua - dua keping roti yang dah sapu marjerin tu kan.
4. Lepas tu, ambil hirisan - hirisan pisang tadi dan aturkan lah atas roti tu. Susunlah ikut suke hati korang kan. Asal selesa,cantik dan nampak menarik.
5. Dah siap...boleh lah di makan. Jadi lah sandwich kurus. hehehe....
 Jadilah macam gambar ni...taraaa....


Sekarang,boleh lah makan...yummy,yummy...!


P/s : Selain daripada gula dan marjerin utk di tabur dan disapu pada roti. Anda boleh juga gunakan Cheese @pun Nutella @pun Peanut Butter @pun Honey...Seeedaaap!
Selamat Mencuba ! Pasti kurus...hehehe



Sandwich Banana+Nutella






0 comments :

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio