Tuesday, January 25, 2011

Inginkan Kulit Muka Awet Muda ? Hah...baca ni cepat !

Awet muda? Siapa yang tak nak kan...hehehe 
Bercerita tentang awet muda, memang ramai yang suka. Suka berkongsi rahsia, suka bercerita, suka nak ambil tahu, suka ambil berat tentang Rahsia Awet muda.
Entry ni, bukan nak cakap I ni awet muda, tapi sekadar berkongsi pengalaman.
Atas pengalaman yang baru je hidup 28 tahun beberapa hari ni dan minggu ni kan...so I buatlah topik entry kali ni AWET MUDA.

Hah...ape dia amalan - amalan yang patut anda semua tahu?
Terutama sekali perempuan - perempuan, gadis - gadis, pria - pria di luar sana ye...
Lebih elok kita amalkan untuk kepentingan diri kita semua sendiri.

Amalan - Amalan yang boleh korang semua amalkan ialah :

1. Paling utama, kurangkan minum air sejuk ( maknanya air batu lah/ais)


Huuuhhh...nampak sedapkan...lebih - lebih lagi bulan pose!


Amalan ni memang benar, air batu / pun ais, tidak elok untuk kesihatan sekiranya diminum selalu dan setiap hari. Baik lelaki ataupun perempuan. Terutama sekali perempuan, yang mana perempuan kelak yang mana masih anak dara ( seperti I...hehehe) akan berkahwin dan mengandung kan. So, bila perempuan bersalin dan melahirkan anak, segala urat - urat banyak yang putus. Masa tu juga, urat - urat korang semua dah pun biasa mengembang disebabkan dek ais & air batu yang korang selalu minum tu. Jadi, kesan nya, korang bukan setakat badan mengembang malah badan korang pun akan bisa - bisa.( Nasihat untuk korang semua termasuk diri saya ye...) Mungkin masa sekarang korang tak rasa bisanya, tapi kelak bila tua barulah korang tahu penangan air batu & ais ni.
Jadi, kurang - kurangkan lah amalan air batu sokmo ni ye...
Banyakkanlah minum air panas...sihat badan tau.


Wahhhhh...sedapnya ABC...huhuhu!


2. Amalkan minum air sirih.

Huhuhu...part ni...mesti ramai yang tak nak kan...hehehe...I know...Tapi percaya lah kengkawan, air sirih sangat baik untuk kesihatan kita. Sebab dalam akstrak daun sirih tu mengandungi antioksidan ( antioxidant ) yang mana ia mencegah sel - sel kulit kita ternyahoksida.

Cara - cara buat air sirih :

Ambil 2-3 helai daun sirih. Kemudian rebuskan daun tersebut. Setelah mendidih. Ambil air sirih segelas lalu sejukkan. Kemudian minum.
Amalkan setiap kali bangun pagi ye.
( Kalau tak tahan,takut pahit & pedas,boleh tambahkan gula batu sedikit)
InsyaAllah...mujarab.


Selain tu, air sirih memang baik untuk kesihatan serapat wanita....(hehehe...malu pulak...)
Just for your information...(^_^)

3. Rajin - rajin la makan ulam - ulaman ye...



Ulam - ulam ni, selain banyak vitamin c dan vitamin lain - lain. Ia adalah makanan segar, banyak serat. Memang baik untuk kesihatan yang mana, serat - serat dari ulam - ulaman ini akan menyerap segala lemak - lemak yang ada dalam badan kita dan dibuang keluar dari badan kita. 
Faedah makan ulam ni juga 2 dalam 1.
Selain buat kulit kita awet muda, ulam juga mengempiskan perut kita ye...
hehehe...

Sekian sahaja renungan kita hari ini.

p/s : Renung - renungkan & selamat beramal.
(psstt...aku pun tak tahan minum air sirih, tapi paksa dek mama,telan je la...hehehe)

0 comments :

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio