Friday, January 21, 2011

Jalan Ke Arah Kurus...Yeay!♥

Yeay! Ada Jalan Kurus...Eh,Jalan Ke Arah Kurus !


Ini die nak tunjuk jalan ke arah kurus dengan baik dan sihat. Tak payah lah nak kekang makanan sangat - sangat. Hilang nikmat dunia tau ! Coklat ke durian ke udang bakar ke...ayam golek ke...sedaaap tu! Jangan diet...jangan lepaskan peluang...makan je..tak pe..Doktor Slim kata, boleh makan semua tu...hehehe...rugi tak makan. Kalau aku, semua aku pantang...pantang jumpa, makan je. 


Tips - Tips Kekal Langsing Gitu...
1. Sarapan Itu Penting !
Jangan sesekali cuba abaikan sarapan. Sebab, makanan yang kita ambil setiap pagi membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian kita disamping makanan yang korang ambil pagi tu ( maksudnya yang korang makan tu ) membantu membakar lemak.

2. Rajin membuat kerja a.k.a Banyakkan aktiviti




Maksudnya, banyak - banyak kan lah pergerakan diri dan tubuh korang. Jangan malas. Sekiranya di tempat kerja korang atau tempat belajar korang ada lif. Pilih lah naik turun tangga berbanding dengan lif ye...jangan malas - malas tau...(^_^). Itu lebih afdal...
 3. Minum Teh





Dalam hal ni, maksudnya banyakkanlah minum teh tak ape. Jangan banyakkan minum Cool Blog...hehehe...eh, minum soft drink pun tak boleh banyak - banyak. Tak boleh selalu, nanti bukan setakat naik berat badan je, malah dapat penyakit Diabetes...Eeeeiii...jangan lah,jaga kesihatan ye.
4. Air Putih pulak





Minum air putih banyak lah sangat khasiat nye. Selain baik untuk keseimbangan dalam badan, ia juga baik untuk kesihatan kulit kita. (psst...cakap pasal kulit,nanti ada tips untuk kulit pulak ye.Tunggguuu!) Minum air putih ni, pastikan 8 gelas sehari tau.
5. Buah & sayuran...my favorite ni.






  Tau tak anda, bahawa buah - buahan dan sayuran kaya serat ni sangat diperlukan untuk melancarkan pembuangan dan sisa makanan dari badan kita? Selain dari tu, ia adalah pembekal khasiat untuk tubuh. Contohnya, untuk kulit muka yang licin, banyakkan makan buah - buahan kaya vitamin A...
6. Tepati Waktu makan korang
Maknanya, korang jangan lah tangguh - tangguh masa makan korang. Paham kan? Bila tiba waktu tengah hari, mesti cepat makan untuk tengah hari. Jangan lah korang Qada' makan tengah hari korang tu di sebelah malam. Akibatnya, lemak - lemak yang korang makan tu berkumpul pada satu masa saja. Metabolisme pun dah menurun. Maka...tak sihat lah kan...kan...Tepati waktu ye...
Pesanan terakhir :- Renung - renungkan lah dan Selamat Beramal....♥

0 comments :

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio