Thursday, May 19, 2011

Petua Untuk Bertahan Lama ♥

Hep! Hep! Ketepi sikit...sesak I.
Owhhh...sibukje mata korang tu nak baca Petua I ni ye.
Yela,yela...jangan senyum dulu.
Petua ni sesuai untuk golongan yang dah berkahwin maupun yang masih 'single mingle'.

Huhuhu...suke ye? Pantang betul korang ye,bila nak tau petua - petua begini ye.

Ok la,ok la...I bagi U all tau jugak segalanya untuk 'BERTAHAN LAMA'!


KELAPA PARUT



Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.

Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.

Gunakan sebelah pada 31 December 2011. Dan sebelah lagi
pada 1 January 2012. Wah…tahan sampai 2 tahun kan ?




NASI/LAUK




Biar tahan lebih lama,

Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.

Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.



BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS


Kalau untuk lebih ‘tahan lama’,
Bayar ler zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa…




PAKAIAN
.
Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat. Elak guna washing machine.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lebih lama lagi PINJAMLAH BAJU MEMBER...tapi...BAJU SENDIRI SIMPAN.



KERETA


Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. Tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi habuk masuk. Jangan bagi wap air masuk.
Bayar loan bulan2 sampai lah habis loan korang. Gerenti tahan lama.



KENYANG



Kalau nak tahan lama,

Sebelum makan – baca bismillallah dan doa

Akhir makan – doa dan ucap alhamdullillah.
Kalau tak jugak kenyang, lapar je memanjang, Jin la tu...hehehe



UMUR


Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! 
(bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).





ROKOK

Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah… …!!!!, Letak je atas meja dan pandang saja lah.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang…sendiri mau ingat
hahahaa….



TIDUR


Nak tahan lama tak tidur malam,
Rajin-rajinlah tidur siang.





HUBUNGAN



Bertahan lama dalam persahabatan/ percintaan,

Jujur dan ikhlas je!!!!


Last word:


SELAMAT BERTAHAN LAMA…….

sentiasa terbuka dan rasional




0 comments :

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio