Saturday, May 21, 2011

Mas Kahwin Ku Dinar EMAS....♥ (in my Dream only)



( A = Ain Adrian Adriana )

Siapa kata tak nak kahwin? Siapa kata? Nak tau. Nak kahwin laa...tapi...hehehe
Cerita bab kahwin, korang dah kahwin ke belum? Eh, tak ada kena mengena plak nak tanya korang apesal. Cerita bab kahwin...mesti ada pasal hantaran,kan,kan? Mesti ada cerita pasal majlis kahwin macam mana kan,kan? Mesti ada cerita pasal tema apa kahwin,kan,kan? Mesti ada cerita gak pasal mas kahwin kan,kan?

Masuk bab mas kahwin, semua negeri dan wilayah, nilai mas kahwin adalah berbeza. Bagi Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, mas kahwin diorang RM300.(huhuhu...kecoh gak masa isu ni baru - baru tempoh hari)
Tetapi, mas kahwin yang paling murah adalah, negeri Johor, RM22.50 sahaja,tunaaai.(Well,everybody know! hehehe). Bila di semak dan di nilai, apa lagi,ramai lah lelaki yang berkira dengan mas kahwin ni, terus nak anak gadis / anak dara made from Johor. Murah katanya...ishhh...apa la...nak bagi harta untuk isteri pun berkira ke. Yang empunya harta yang korang bagi tu pun kan isteri korang jugak. Tak baik lah berkira bangat.
(Psst...perempuan-perempuan di luar sana, kalau nak tau keikhlasan cinta dari seorang lelaki,daripada sini kite boleh nilai,tau!)

Okay,masuk bab mas kahwin ni tadi. Tak semestinya bakal suami kita tu (kita? lain macam je bunyi...opss...bukan bermadu ye.sory!) mesti hadiahkan kita mas kahwin kita dengan wang kertas. Bahkan, sekarang boleh dihadiahkan dengan Dinar Emas.
(FYI: Dinar emas tulen adalah 999.9)

(Nak beli Dinar EMAS?leh click kat pic. Dinar EMAS di atas ni ye)


(From my future husband....in my dream ni)

Kalau suami kita hadiahkan mas kahwin kita dengan 1 Dinar Emas 999.9 ( 1 Dinar je? cukuplah untuk contoh,sabor ye), korang boleh nilaikan nya dengan harga emas terkini setiap hari.
Bayangkan, andai 1 Dinar Emas untuk hari ini adalah RM655(ni harga pada bulan April 2011).


(Contoh...Mas Kahwin 1 Dinar Emas)

Untuk pada masa sebulan akan datang, harga Dinar Emas meningkat kepada RM718(ni harga pada hari ini 21 May 2011).
Banyak tak peningkatan nya? Hah! See...what you all can see? Mas Kahwin korang naik kan,walaupun usia perkahwinan korang baru sebulan. Usia perkahwinan korang meningkat. mas kahwin korang pun meningkat sama,kan? Memang tak rugi lah, mas kahwin guna Dinar Emas. Tapi tu kalau 1 Dinar Emas je, bayangkan kalau 5 Dinar Emas? (Berapa? kira lah sendiri...adoiyai)
5 Dinar Emas x Harga Semasa 1 Dinar Emas=
5 Dinar Emas x RM718(harga pada hari ini 21 May 2011) = RM3590.
Wahhh! Ternganga mulut...banyak kan? hehehe...
Kalau lah mas kahwin diberi dengan wang kertas, bagi RM22.50 andai kata lah kan,boleh ke esok pagi nilai RM22.50 tu jadi RM50? Boleh? Tak boleh punye. Tak payah nak bongak.

So, tak salah kalau guna Dinar EMAS sebagai Mas Kahwin kita kan. Tapi, depends on you all punya bakal suami la kan. Jangan korang minta pulak kat future husband korang. Sebaik - baik sebuah pernikahan, biarlah serendah - rendah (berpada - pada) mas kahwin dan seikhlas - ikhlas hati si suami dan tidak bermegah - megah. InsyaAllah perkahwinan diberkati dan diredhai.

So, this is my dream.

Mas Kahwin Ku Dinar Emas
*hehehe*
http://thecupofgold-adrian.blogspot.com

0 comments :

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
 
Blog Template by Delicious Design Studio